"Bau seperti ikan busuk, sakitnya bukan kepalang," luah pesakit kulit ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Boehringer Ingelheim
SINGAPURA: Apabila tompok-tompok berwarna merah mula-mula muncul pada kulit kepala dan kulit Cik Mei Yetti Roslan, jirannya memberitahunya bahawa beliau terkena "sumpahan".
Beliau berusia 16 tahun ketika itu. Pada usia 49 tahun sekarang, Cik Mei berkata bahawa luka kulit yang menyakitkan itu dialaminya sejak kecil dan "masih terasa seolah-olah satu sumpahan".
"Saya mempercayainya ketika itu kerana saya seorang sahaja (dalam kalangan rakan, jiran dan saudara mara) yang mengalaminya," katanya.
Penduduk Tetap (PR) Singapura dari Indonesia itu, mengalami penyakit radang kulit yang diberi nama psoriasis pustular umum (GPP).
Keadaan yang tidak boleh diubati dan berpotensi mengancam nyawa itu adalah satu bentuk psoriasis akut dan teruk, sejenis gangguan kulit autoimun kronik. Ia tidak berjangkit.
Apabila penyakit itu merebak - biasanya secara tiba-tiba dan tanpa amaran - luka merah, menyakitkan dan seperti lepuh akan membonjol dengan nanah dikesan pada bahagian kulit yang besar.
Ia mencetuskan rasa gatal, melecur dan sakit yang sangat teruk sehingga bergerak sedikit pun akan terasa pedih.
Bagi Cik Mei, yang kini bertugas sebagai penolong guru, keadaannya boleh menjadi sangat teruk sehingga beliau perlu dimasukkan ke hospital. Pada 2019, beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi di sini disebabkan oleh komplikasi penyakit itu.
PERLU RAWATAN SEPANJANG HAYAT
Walaupun sesetengah pesakit mungkin memerlukan rawatan hanya apabila penyakit itu merebak, pesakit lain mungkin perlu menjalani rawatan seumur hidup mereka.
Menurut Dr Theng, matlamat rawatan adalah untuk menjadikan simptom kurang teruk supaya pesakit boleh sembuh dengan lebih pantas, meneruskan kegiatan harian mereka dan mengelakkan komplikasi yang mungkin memerlukan mereka dimasukkan ke hospital.
Rawatan tradisional untuk GPP termasuk ubat oral (seperti methotrexate, acitretin dan cyclosporine) yang boleh mengawal penyakit tersebut.
Tidak semua pesakit memberikan respons secara optimum kepada rawatan yang dijalani.
Rawatan terkini untuk psoriasis melibatkan penggunaan rawatan biologi (seperti perencat TNF-alpha, perencat IL17a dan perencat IL23) yang diluluskan untuk psoriasis plak, tetapi sudah digunakan untuk GPP dengan hasil kejayaan yang baik, tambah Dr Theng.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.