Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Basikal elektrik terbakar di Macpherson; 90 penduduk dipindahkan

Sekitar 90 orang dipindahkan menyusuli kebakaran di sebuah blok HDB di Macpherson pada malam Rabu (10 Nov).  

Anggaran Waktu Membaca:
Basikal elektrik terbakar di Macpherson; 90 penduduk dipindahkan

Kebakaran melibatkan sebuah basik elektrik yang diletakkan di koridor tingkat sembilan sebuah blok HDB di Pipit Road. (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 01:10PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 01:13PM

SINGAPURA: Sekitar 90 orang dipindahkan menyusuli kebakaran di sebuah blok HDB di Macpherson pada malam Rabu (10 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang satu kebakaran di Blok 94 Pipit Road sekitar jam 8.05 malam.

Kebakaran itu melibatkan sebuah basikal dibantu kuasa atau power-assisted bicycles (PAB) yang diletakkan di koridor tingkat sembilan blok tersebut, menurut SCDF dalam satu catatan Facebook.

"Siasatan awal ke atas punca kebakaran menunjukkan ia berpunca daripada bekalan elektrik dari basikal bermotor itu," tambah SCDF.

Api kebakaran dipadamkan dengan menggunakan beg galas busa udara termampat dan jet air, yang digunakan untuk membasahkan kawasan terjejas.

"Akibat kebakaran itu, koridor tersebut terjejas oleh kerosakan haba dan asap," menurut SCDF.

Sekitar 90 penduduk dari unit-unit berdekatan dipindahkan oleh polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Seorang anggota paramedik SCDF juga memeriksa dua individu yang mengalami kesukaran bernafas, namun mereka enggan dibawa ke hospital.

Sebelum SCDF tiba di tempat kejadian, beberapa anggota masyarakat sudah cuba untuk memadamkan api dengan menyimbah berbaldi-baldi air serta menggunakan sebuah alat pemadam api.

"SCDF akan menghubungi individu-individu ini untuk mengucapkan terima kasih kerana bertindak pantas untuk cuba memadamkan api," menurutnya.   

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan