Skip to main content

Singapura

Bas terbakar di Yishun St 11

Sebuah bas terbakar di Yishun Street 11 petang tadi (15 Sep), hingga keseluruhan bahagian belakang kenderaan itu hangus dijilat api.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas terbakar di Yishun St 11

Bas terbakar di Yishun Street 11 pada 15 Sep. (Gambar: Ng Leong Keong)

Diterbitkan : 15 Sep 2016 11:30PM Dikemas Kini : 15 Sep 2016 11:31PM

SINGAPURA: Sebuah bas terbakar di Yishun Street 11 petang tadi (15 Sep), hingga keseluruhan bahagian belakang kenderaan itu hangus dijilat api.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran itu sekitar 4.35 petang.

Kebakaran itu menjejas kompartmen enjin bas itu, menurut SCDF, yang mengerahkan sebuah kereta bomba, Red Rhino, dan dua motosikal bomba ke tempat kejadian.

Kebakaran itu dipadamkan menggunakan semburan dua jet air, menurut SCDF, dan menambah lima penumpang dipindahkan sebelum ia tiba di tempat kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu, menurut SCDF. Punca kebakaran masih disiasat.

Mediacorp difahamkan bahawa kenderaan terbabit ialah bas privet.

Seorang saksi, Ng Leong Keong mengirimkan video insiden itu. Beliau memberitahu Channel NewsAsia bahawa kebakaran itu bermula sekitar 4.30 petang dan menjilat keseluruhan bahagian belakang bas tidak lama selepas itu.

Beliau menambah terdengar bunyi 'bang' beberapa kali dan terhidu bau kuat besi terbakar ketika kebakaran berlaku. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita