Bas terbakar di Portsdown Road dekat one-north Gateway
Sebuah bas penumpang terbakar di persimpangan antara Portsdown Road dengan one-north Gateway pagi tadi (24 Feb).

(Gambar: Twitter/Pete Moran)
SINGAPURA: Sebuah bas penumpang terbakar di persimpangan antara Portsdown Road dengan one-north Gateway pagi tadi (24 Feb).
Apabila dihubungi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan BERITAmediacorp bahawa pihaknya memberikan respons kepada kebakaran tersebut pada sekitar 9.15 pagi.
Kebakaran itu dipadamkan dengan menggunakan satu jet air.

(Gambar: Abidah Shakina)
Seorang individu dipantau oleh seorang paramedik SCDF akibat kebakaran tersebut.
Siasatan terhadap punca kebakaran masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.