Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas tanpa pemandu ComfortDelgro mula angkut penumpang di NUS esok

SINGAPURA: Sebuah bas tanpa pemandu akan beroperasi di kawasan kampus Universiti Nasional Singapura (NUS) di Kent Ridge, mulai esok (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bas tanpa pemandu ComfortDelgro mula angkut penumpang di NUS esok

(Gambar: ComfortDelGro)

Diterbitkan : 29 Jul 2019 10:13PM Dikemas Kini : 29 Jul 2019 10:16PM

SINGAPURA: Sebuah bas tanpa pemandu akan beroperasi di kawasan kampus Universiti Nasional Singapura (NUS) di Kent Ridge, mulai esok (30 Jul).

Demikian diumumkan syarikat-syarikat pengendali Comfort DelGro, Inchcape Singapore, EasyMile dan NUS hari ini (29 Jul).

Bas tanpa pemandu NUSmart Shuttle itu boleh membawa 12 penumpang pada satu-satu masa. Ia boleh menampung penggunaan kerusi roda dan dipasang sebuah tanjakan.

Khidmat itu disediakan secara percuma tetapi tidak beroperasi apabila hujan. Sepanjang masa ujian seorang pengendali akan berada di dalam bas bagi menyediakan maklumat dan memastikan operasinya selamat.

Khidmat bas 'NUSmart Shuttle' itu meliputi jarak 1.6 kilometer antara Heng Mui Keng Terrace dengan Business Link, dengan perhentian bertentangan Perpustakaan Memorial Hon Sui Sen dan bangunan BIZ 2.

Pada fasa pertama, khidmat bas itu akan beroperasi pada hari-hari biasa antara 10.20 pagi hingga 11.20 pagi, serta antara 2.20 petang hingga 3.20 petang, pada kekerapan 20 minit. Waktu operasi akan dilanjutkan secara progresif semasa tempoh percubaan.

Khidmat itu merupakan sebahagian daripada satu ujian selama setahun mengenai daya maju komersil perkhidmatan bas tanpa pemandu.

Sumber : CNA/UR/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa