Skip to main content

Singapura

Bas SMRT terbakar dekat Sekolah Rendah Woodgrove; tiada kecederaan dilaporkan

Anggaran Waktu Membaca:
Bas SMRT terbakar dekat Sekolah Rendah Woodgrove; tiada kecederaan dilaporkan

Sebuah bas SMRT terbakar berhampiran Sekolah Rendah Woodgrove di sepanjang Woodlands Avenue 1 pada 5 Mei 2026. (Gambar: Facebook/Hany Soh)

Diterbitkan : 05 May 2026 07:32PM
SINGAPURA: Sebuah bas SMRT terbakar berhampiran Sekolah Rendah Woodgrove di Woodlands pada Selasa (5 Mei), tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut pihak berkuasa.

Bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Woodlands Avenue 1 sekitar 1.30 tengah hari untuk menurunkan penumpang apabila pemandu menyedari asap keluar dari bahagian pemandu, kata Timbalan Pengarah Urusan SMRT Vincent Gay.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau segera mengarahkan semua penumpang agar turun dan bergerak ke tempat selamat,” tambah Encik Gay.

“Tidak lama kemudian, kebakaran tercetus di bahagian hadapan bas dan beliau segera memaklumkan Pusat Kawalan Operasi Bas, yang kemudian mengaktifkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).”

SCDF menyatakan ia menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar 1.40 tengah hari dan berjaya memadamkannya menggunakan jet air dan hos.

Pemandu bas juga cuba memadamkan api dari jarak selamat, menurut SMRT.

Punca kebakaran masih disiasat.

Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Woodgrove di GRC Marsiling-Yew Tee, Hany Soh, berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden itu dan sedang berhubung dengan agensi berkaitan.

“Terima kasih kepada pegawai SCDF dan SPF, kakitangan Sekolah Rendah Woodgrove serta penduduk sekitar atas tindak balas pantas mereka,” katanya.

“Saya lega semua penumpang dan pemandu berjaya dipindahkan dengan selamat.”

Beliau turut menasihatkan para penduduk supaya mengelakkan kawasan tersebut dan mematuhi arahan pegawai di lokasi ketika operasi masih dijalankan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita