Bas SBS Transit terbakar di PIE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah bas SBS Transit terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas sebelum jalan susur keluar Clementi Road pada Jumaat (13 Feb).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 11.45 pagi dan ia memadam kebakaran menggunakan dua jet air.
"Tiada kecederaan dilaporkan," menurut SCDF, sambil menambah punca kebakaran itu masih disiasat.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memuat naik catatan di platform media sosial X bahawa satu kejadian berlaku di PIE menghala ke Tuas selepas Ekspreswe Bukit Timah (BKE).
LTA menyatakan berlaku kesesakan sehingga ke Adam Road dan menasihati para pemandu supaya mengelak laluan kedua hingga keempat ekspreswe itu di kawasan itu.
Dalam rakaman video kejadian yang dihantar kepada Mediacorp oleh seorang pembaca, bas itu dilihat dijilat api di tepi ekspreswe.
Satu gambar yang diambil oleh seorang lagi pembaca Mediacorp menunjukkan keadaan bas tersebut setelah dijilat api.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.