Skip to main content

Singapura

Bas SBS Transit langgar bas sekolah; budak 10 tahun antara yang cedera

Dua orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, cedera selepas sebuah bas SBS Transit melanggar sebuah bas sekolah di Bedok pada pagi Selasa (2 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bas SBS Transit langgar bas sekolah; budak 10 tahun antara yang cedera

Sebuah bas SBS Transit merempuh sebuah bas sekolah di persimpangan antara Bedok Road dengan Bedok Place pada Selasa (2 Okt). (Gambar: Kelly)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 02:06PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 08:12PM

SINGAPURA: Dua orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, cedera selepas sebuah bas SBS Transit melanggar sebuah bas sekolah di Bedok pada pagi Selasa (2 Okt).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan antara kedua-dua bas tersebut di persimpangan antara Bedok Road dengan Bedok Place pada sekitar 6.00 pagi.

Bas sekolah itu tidak bergerak apabila bas SBS Transit tersebut merempuhnya.

Empat kanak-kanak, termasuk kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang cedera, berada dalam bas sekolah itu ketika kemalangan tersebut berlaku.

Pemandu bas sekolah, yang berusia 36 tahun juga cedera akibat kemalangan tersebut.

(Gambar: Alex Tan/Facebook)

Kanak-kanak lelaki itu dan pemandu bas sekolah berkenaan masing-masing dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) dan Hospital Besar Changi (CGH) dalam keadaan sedar.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita