Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas perubatan elektrik pertama di S'pura tawar khidmat jagaan kesihatan merata negara

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2022 08:56PM Dikemas Kini : 14 Mar 2022 10:22PM

SINGAPURA: Sebuah bas perubatan elektrik yang pertama di Singapura akan ke kawasan-kawasan kejiranan bagi menyediakan khidmat perubatan kepada golongan lemah seperti warga emas menjelang hujung minggu ini.

BERITAmediacorp meneroka kaedah mesra alam ini bagi membawa khidmat perubatan lebih dekat kepada masyarakat.

Ia adalah sebuah klinik perubatan bergerak yang menggunakan kuasa elektrik.

Bas perubatan ini mengambil masa sekitar empat jam untuk dicas sepenuhnya dan boleh melakukan perjalanan sejauh 200 kilometer.

Dua pesakit boleh dirawat pada satu-satu masa.

Klinik perubatan ini menyediakan khidmat jagaan pencegahan awal seperti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan penilaian kelemahan.

Ia dilengkapi dengan peralatan seperti alat memeriksa tekanan darah serta ada stok ubat-ubatan asas.

Sebagai permulaan, SATA CommHealth menyatakan kenderaan ini akan dikerahkan ke 24 kawasan kejiranan di mana terletaknya rakan-rakan masyarakat pertubuhan tersebut.

Ini termasuk Kembangan, Toa Payoh dan Marsiling.

Sasaran SATA adalah untuk menggantikan 10 kenderaan diesel sedia ada dengan kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung merasmikan pelancaran bas elektrik itu sempena ulang tahun SATA CommHealth yang ke-75.

Encik Ong juga telah melawat pusat perubatan SATA di Bedok bagi mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan barisan hadapan.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan