Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas perlu lalui mesin imbasan X-ray di Pusat Pemeriksaan Tuas

Tidak lama lagi, bas-bas yang melalui Pusat Pemeriksaan Tuas perlu menjalani imbasan X-ray.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas perlu lalui mesin imbasan X-ray di Pusat Pemeriksaan Tuas

Bas melalui mesin X ray di Pusat Pemeriksaan Tuas. (Gambar: Lip Kwok Wai)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 10:13PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 12:21PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, bas-bas yang melalui Pusat Pemeriksaan Tuas perlu menjalani imbasan X-ray.

Ini sebagai sebahagian daripada rancangan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk melaksanakan pusat pemeriksaan yang "bersedia untuk masa akan datang".

Dua mesin pengimbas radiografik sudahpun dipasang di Pusat Pemeriksaan Tuas dan akan beroperasi menjelang separuh kedua tahun ini, menurut ICA dalam satu taklimat media yang diadakan hari ini (26 Apr).

Pemasangan mesin pengimbas tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk memperkukuh prasarana teknologinya, seperti yang diumumkan semasa Belanjawan 2018.

BAGAIMANA CARANYA?

Bas-bas yang melalui Pusat Pemeriksaan Tuas perlu menurunkan para penumpang di satu tempat baru terlebih dahulu.

Para pemandu bas kemudian akan membawa bas melalui mesin X-ray yang akan serta merta menunjukkan imej terperinci kenderaan tersebut. Imbasan itu, bagaimanapun, tidak termasuk tempat duduk pemandu atas sebab keselamatan.

Imej tersebut akan dikirimkan ke pejabat analisis imej dan akan diteliti oleh para pegawai untuk mengesan rokok yang diseludup, dadah, senjata yang dilarang atau bahan-bahan letupan yang disembunyikan antara barangan lain.

Tiada pegawai yang berada di lorong bas dan gerbang imbasan tersebut. Para pegawai yang sebelum ini ditugaskan untuk menaiki bas bagi menjalankan pemeriksaan visual sudah dilatih semula untuk menganalisis imej yang diimbas dan menganalisis ciri-ciri tertentu demi keselamatan.

Lorong bas di Pusat Pemeriksaan Tuas juga akan diluaskan dari dua kepada empat, dengan dua mesin pengimbas yang setiap satu daripada adalah untuk dua lorong.

Kedua-dua mesin pengimbas boleh mengimbas sehingga 1,000 bas sehari, iaitu jumlah yang dijangkakan setiap hari.

PEMERIKSAAN BAGASI DIBUAT LEBIH AWAL SEBELUM PELEPASAN

ICA juga membuat perubahan kepada proses pelepasan penumpang dengan menjalankan pemeriksaan bagasi terlebih dahulu.

Para penumpang perlu menjalani pemeriksaan keselamatan, termasuk melalui gerbang pengesan logam dan imbasan X-ray sebelum pelepasan imigresen.

Buat masa ini, langkah tersebut dijalankan selepas pelepasan imigresen. Ia juga akan dilaksanakan menjelang separuh kedua tahun ini, menurut ICA. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan