Bas, kereta api tema Aidilfitri mulai hari ini sehingga 7 Mei
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Hakim Irwan/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Mulai Rabu (27 Mac) hingga 7 Mei 2024, para pengguna pengangkutan awam berpeluang menaiki kereta apa dan bas yang bertemakan Hari Raya.
Hiasan itu merupakan kerjasama antara Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan Taman Warisan Melayu (MHC), para pengendali pengangkutan SBS Transit, SMRT dan Go Ahead Singapore.
Para penumpang antara lain akan disambut permaidani berwarna-warni dalam gerabak kereta api.

Selain itu, terdapat juga motif seperti batik, bunga malah juga lauk-pauk Hari Raya.
Terdapat juga penjelasan pendek tentang bulan keistimewaan bulan Ramadan dan Syawal.

Corak-corak tersebut juga dapat dilihat dalam beberapa bas khidmat 7, 12, 70, 99 dan 960.
Tembok-tembok di beberapa stesen MRT seperti Ang Mo Kio, Little India, Paya Lebar, Bugis dan Tampines juga akan dihiasi dengan tema warna-warni Aidilfitri itu.
Usaha menghiasi pengangkutan awam sewaktu musim perayaan adalah sebahagian daripada program 'Move in Groove (MIG)' LTA untuk menjadikan perjalanan para penumpang lebih selesa dan menarik.
Majlis pelancaran kereta api bertemakan Hari Raya itu diadakan di stesen MRT Paya Lebar petang tadi (27 Mac), diserikan dengan kehadiran Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada LTA dan MHC serta SMRT kerana bekerjasama untuk membawakan pengangkutan dan hiasan tema Hari Raya ini. Kita juga akan menghiasi stesen-stesen MRT dan bas-bas untuk meraikan bulan Ramadan yang mulia ini dan seterusnya Hari Raya. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Muslim.," ujar beliau.
Pihak MHC sangat mengalu-alukan kerjasama itu kerana ia menjadi wadah untuk mendampingi masyarakat semasa penutupan bangunan Taman Warisan Melayu.
Pengurus Besarnya, Cik Asmah Alias berkata: "Kami dapat mendampingi dan mendekati masyarakat melalui bahan-bahan rujukan. Misalnya, menerusi pameran ini dan hasil seni yang kami paparkan dalam kereta api di mana kami mengetengahkan signifikan bulan Ramadan dan Syawal."
Lukisan dan corak-corak itu, menurut beliau, merupakan hasil adaptasi daripada pameran bergerak MHC mengenai Ramadan dan Hari Raya.
"Paparan seni ini sering kami bawa ke pusat-pusat membeli-belah dan sekolah-sekolah dan ini merupakan skala lebih besar di mana kami dapat membawanya ke kereta api dan bas untuk mendekati masyarakat. Kami harap ini akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai bulan Ramadan dan Syawal di kalangan mereka yang bukan Melayu dan Islam," ujar Cik Asmah.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.