Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas, kereta api 'musim sejuk' dilancar sempena perayaan Krismas

Beberapa bas dan kereta api setempat bakal diselebungi 'salji' bermula hari ini (3 Dis) hingga 30 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas, kereta api 'musim sejuk' dilancar sempena perayaan Krismas

(Gambar: LTA)

Diterbitkan : 03 Dec 2018 09:39PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 09:58PM

SINGAPURA: Beberapa bas dan kereta api setempat bakal diselubungi 'salji' bermula hari ini hingga 30 Disember.

Para penumpang boleh menikmati "alam ajaib musim sejuk" apabila menaiki kereta api di kelima-lima laluan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (3 Dis).

Stesen MRT Serangoon, Newton, Dhoby Ghaut, Orchard dan Somerset pula akan diserikan dengan perhiasan musim perayaan Hari Krismas.

Hab Pengangkutan Bersepadu Ang Mo Kio dan Bedok serta lapan perkhidmatan bas - nombor 5, 7, 61, 65, 106, 174, 197 dan 972 - juga dihiasi dengan motif-motif musim sejuk termasuk emping salji dan pokok pain.

(Gambar: LTA)

Menurut LTA, bas dan kereta api bertema itu dilancarkan hasil kerjasama dengan SBS Transit dan SMRT.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan