Skip to main content

Singapura

Bas dan MRT dengan tema Hari Raya, bangkitkan suasana meriah musim perayaan

Anggaran Waktu Membaca:
Bas dan MRT dengan tema Hari Raya, bangkitkan suasana meriah musim perayaan

(Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA))

SINGAPURA: Pengguna pengangkutan awam akan disambut dengan suasana Hari Raya yang meriah mulai Isnin (17 Mac) hingga 27 April.

Kereta api MRT dan bas terpilih telah dihiasi dengan tema tradisional Melayu, memaparkan keluarga berpakaian tradisional Melayu yang bersalaman, serta elemen ikonik seperti ketupat, kuih makmur, dan corak batik.

Penumpang juga boleh mempelajari tentang tradisi Hari Raya melalui paparan ringkas semasa perjalanan harian mereka.

Corak dan hiasan itu akan dapat dilihat di enam laluan MRT dan pada beberapa bas, termasuk perkhidmatan 30, 43, 67, 166, dan 963.
(Gambar: LTA)

Laluan-laluan bas tersebut meliputi kawasan seperti Geylang Serai, Mountbatten, Ang Mo Kio, Clementi, Boon Lay, Bukit Panjang, dan Kallang.

Stesen MRT utama seperti Serangoon, Bedok, Bugis, Bukit Panjang, Little India, Punggol, Woodlands, dan Marine Parade juga akan dihiasi dengan tema Aidilfitri yang warna-warni.

Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama antara Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Taman Warisan Melayu (MHC), serta pengendali pengangkutan SBS Transit, SMRT, dan Go Ahead Singapore.

Pelancaran kereta api bertemakan Hari Raya diadakan di stesen MRT HarbourFront petang tadi (17 Mac), dengan kehadiran Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor.

"Saya gembira melihat LTA sekali lagi bekerjasama dengan Taman Warisan Melayu, serta pengendali pengangkutan awam kita, untuk memasang hiasan bertema Hari Raya di beberapa bas, kereta api serta stesen MRT tertentu. Kerjasama sedemikian menambah keceriaan kepada rangkaian pengangkutan awam kita, dan jika anda berpeluang melihat hiasan tersebut semasa perjalanan anda, saya berharap ia akan membawa sedikit keceriaan perayaan kepada anda. Jadi di sini saya ingin mengucapkan kepada semua rakan Muslim kita Selamat Hari Raya Aidilfitri," kata Dr Khor.

(Gambar: LTA)
Taman Warisan Melayu turut mengalu-alukan usaha kerjasama tersebut.

"Kerjasama sedemikian menambah keceriaan kepada rangkaian pengangkutan awam kita, dan jika anda berpeluang melihat hiasan tersebut semasa perjalanan anda, saya berharap ia akan membawa keceriaan perayaan kepada anda. Jadi di sini saya ingin mengucapkan kepada semua rakan Muslim kita Selamat Hari Raya Aidilfitri," kata Pengurus Besar Taman Warisan Melayu (MHC), Hafiz Shariff.
(Gambar: LTA)
Encik Hafiz turut mengajak orang ramai untuk meraikan Festival Teroka Raya 2025, yang akan diadakan di Pusat Warisan India pada 26 April ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita