Bas awam bakal ada duta khusus teman pelajar muda yang naik bas sendirian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bas-bas awam tidak lama lagi kini mempunyai 'duta-duta' khusus untuk menemani para pelajar muda yang menaiki bas sendirian.
SBS Transit dan Sekolah Rendah Townsville sedang bekerjasama dalam program perintis itu.
Duta bas seperti Suma Vinakota akan memastikan perjalanan yang selamat untuk para pelajar yang pergi dan pulang dari sekolah.
Ini termasuk membantu mereka melintas jalan dengan selamat dan menemani mereka ke pintu masuk sekolah.
"Kini ibu bapa boleh menghantar anak mereka menaiki bas 261 dengan lebih yakin kerana ada ibu bapa di dalam bas itu dan keselamatan terjamin. Dan kanak-kanak boleh belajar menaiki bas.
"Disebabkan kos dan kekurangan pemandu, saya rasa menaiki bas ke sekolah adalah suatu inisiatif yang bagus. Dan kapten bas juga sangat bekerjasama dan mereka menjaga kanak-kanak yang menaiki bas mereka," kata Suma Vinakota.
Perkhidmatan bas di bawah program tersebut akan mula berkhidmat sebelum pukul 7.00 pagi.
Selain menggalak kanak-kanak supaya menggunakan pengangkutan awam, inisiatif itu turut berharap menyediakan cara alternatif untuk mereka berulang-alik ke sekolah, berbanding hanya bergantung kepada perkhidmatan bas privet.
"Kami amat menyedari kekurangan pemandu bas privet yang dihadapi sekolah-sekolah. Jadi sebagai sebahagian daripada ekosistem pengangkutan darat, kami merasakan bahawa ada sesuatu yang perlu kami lakukan dan kami boleh memanfaatkan rangkaian bas kami yang luas untuk cuba membantu dalam hal ini," kata Jeffrey Sim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit.
"Ini akan dicuba selama enam bulan untuk melihat bagaimana kami boleh menambah baik, sebelum kami mengembangkannya ke lebih banyak sekolah," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.