Baru seminggu hijrah ke S'pura, ratapi keadaan keluarga yang terjejas dengan gempa bumi di Turki
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Apabila Cik Gulsam Kaya, seorang warga Turki menerima panggilan telefon daripada ibunya pada pagi Isnin (6 Feb), beliau sudah cemas dengan firasat yang tidak menyenangkan.
Ini kerana waktu itu bersamaan dengan jam 4.00 pagi di Turki.
Ibunya memberitahu Cik Gulsam sebuah gempa bumi telah melanda dan menjejas keluarganya.
Beliau baru sekitar seminggu sahaja berhijrah ke Singapura setelah menikahi warga tempatan, Encik Syafiq Mardi pada 31 Januari lalu.
Cik Gulsam tidak menjangkakan langsung bahawa negaranya akan dilanda bencana alam sedahsyat itu.
Meskipun sudah dua bulan lalu sejak gempa bumi itu melanda, beliau akur masih dibelenggu perasaan resah dan takut kerana seluruh anggota keluarganya dan kawan-kawannya masih menetap di sana.
Menurutnya, rumah adik-beradiknya di kawasan pusat bandar Diyarbakir yang musnah akibat bencana tersebut.
"Alhamdulillah seluruh anggota keluarga saya selamat dan saya tidak kehilangan sesiapa pun. Bagaimanapun mereka kehilangan rumah dan harta-benda. Malangnya, ada juga di antara ibu bapa rakan saya yang meninggal," kata Cik Gulsam.
Buat sementara waktu ini, adik-beradiknya tinggal bersama ibunya di kawasan pendalaman Diyarbakir di mana ia lebih selamat.
Beliau akur bahawa beliau berasa amat buntu sekali kerana berada berjauhan dengan ahli keluarganya sedang mereka melalui masa-masa amat sukar ini.
Ini lebih-lebih lagi dengan keadaan beliau yang berusaha cuba sesuaikan diri dengan keadaan di Singapura.
Menurut Cik Gulsam, sambutan bulan Ramadan di Singapura amat berbeza berbanding di Turki.
"Bulan Ramadan di sini lebih meriah kerana jika di Turki, ia hanya disambut di masjid-masjid dan kawasan-kawasan keagamaan tapi di Singapura, terdapat banyak bazar di merata tempat," kongsi Cik Gulsam kepada BERITAmediacorp.
Apabila ditanya mengenai apa yang beliau paling rindukan pada bulan Ramadan ini, beliau berkata ia adalah keluarganya dan semestinya air tangan ibunya.
Tambahnya, beliau masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan selera dan hidangan tempatan.
KUMPUL DANA $20,000 BUAT MANGSA GEMPA TURKI
Namun begitu, Cik Gulsam meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Encik Syafiq serta keluarganya sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang kepadanya.
Lantaran itu, ia sedikit sebanyak dapat mengubat rasa rindunya terhadap keluarganya.
Malahan, Cik Gulsam berasa amat terharu apabila suaminya, mengambil inisiatif untuk melancarkan satu kutipan dana bagi para mangsa di Turki.
"Saya beritahu isteri saya bahawa meskipun dia menangis dan bersedih, ia tidak akan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi keluarga kita di Turki. Daripada menangis, saya menasihatinya supaya memikirkan langkah dan cara membantu mereka dalam masa yang terdekat," kata Cik Syafiq kepada BERITAmediacorp.
Lantaran itu, beliau bekerjasama dengan pertubuhan bukan mencari keuntungan 'Be Kind Project' untuk mengumpul dana bagi para mangsa di Turki.
Katanya, dalam masa dua minggu, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak S$20,000.
Dana tersebut kemudian diserahkan kepada Kedutaan Turki di Singapura dan disalurkan langsung kepada pemerintah Turki.
Cik Syafiq berkongsi bahawa beliau merancang untuk mengumpul dana bagi para mangsa Turki sekali lagi dalam masa terdekat ini.
Kali ini, beliau bercadang untuk menyalurkan dana tersebut bagi usaha pembangunan infrastruktur seperti sekolah-sekolah dan pusat pemulihan bagi kanak-kanak.
Harapan Cik Gulsam kini hanyalah satu - agar anggota keluarganya dapat pulih sepenuhnya daripada trauma gempa bumi itu.
Gempa bumi tersebut sudah meragut nyawa lebih 50,000 orang dan merosakkan atau memusnahkan beratus-ratus ribu rumah di Turki.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.