Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Baru berusia 6 tahun, kanak-kanak SG ini yang paling muda jejak kem pangkalan Gunung Everest

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada usia enam tahun, kebanyakan daripada kita lazimnya gemar membaca komik, bermain permainan video dan sedang bersiap sedia untuk ke sekolah rendah.

Namun berbeza pula bagi seorang kanak-kanak lelaki Singapura. Baru-baru ini, dia mendaki sehingga kem pangkalan Gunung Everest, iaitu gunung tertinggi dunia, pada usia tersebut.

Dalam proses itu, dia menjadi warga Singapura paling muda yang pernah menjejakkan kaki ke lokasi itu.

Om Madan Garg, seorang pelajar K2 di Prasekolah Canossaville, didedahkan kepada dunia luar sejak usia yang kecil, kata bapanya, Mayur, kepada MustShareNews.

Disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang "bersemangat dan disayangi", Encik Mayur juga berkata anak beliau menggemari aktiviti luar dan suka membuat kawan baru.

Ibu bapanya, yang mengendalikan saluran Youtube 'The Brave Tourist', menggambarkan anak lelaki mereka akan membesar sebagai seorang yang sihat secara fizikal, serba lengkap, berdikari dan penyanyang.

Oleh itu, walaupun pada usia begitu muda, Om membuat keputusan untuk memulakan 'cabaran paling besar'.

Bersama dengan orang tuanya, seorang pemandu bertauliah serta dua orang yang mengangkat barang, Om memulakan perjalanan jauh ke kem pangkalan Gunung Everest.

Kem pangkalan Gunung Everest mempunyai ketinggian 5,364 meter (17,598 kaki), menurut MustShareNews.

Ini bermakna para pendaki harus berjalan sekitar 65 kilometer dan menawan ketinggian sekitar 2,500 meter.

Om dan pasukannya tiba di Lukla pada 28 September.

Mereka tiba di kem pangkalan Gunung Everest pada 7 Oktober selepas 10 hari yang sangat memenatkan.

Selain jarak yang jauh dan ketinggian gunung tersebut, Om terpaksa melalui ketidakselesaan, serta hari yang panas dan malam yang sejuk, kata ayahnya.

Rintangan lain yang dialami termasuk cuaca buruk dan penerbangan yang dibatalkan.

Pencapain Om diiktiraf oleh Buku Rekod Singapura.

Pada usia enam tahun enam bulan, dia merupakan warga Singapura paling muda yang pernah sampai ke kem pangkalan Gunung Everest.

Pendaki yang memegang pencapaian tersebut sebelum ini merupakan lelaki warga Singapura berusia lapan tahun dan 11 bulan, yang berjaya ke kem pangkalan Gunung Everest pada 2019
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan