Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Barisan pemimpin baru PERGAS serlahkan sumbangan, pelibatan asatizah wanita & pendakwah muda

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) mengumumkan barisan baru pemimpinannya, yang menampilkan asatizah mapan dan muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Barisan pemimpin baru PERGAS serlahkan sumbangan, pelibatan asatizah wanita & pendakwah muda

Petikan skrin laman PERGAS.

Diterbitkan : 26 Jul 2021 01:29PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 01:37PM

SINGAPURA: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) mengumumkan barisan baru pemimpinannya, yang menampilkan asatizah mapan dan muda.

Dalam kenyataan medianya pada Isnin (26 Jul), persatuan tersebut turut mengumumkan pencalonan bagi Majlis Tertinggi PERGAS (MTP) yang diadakan secara online.

Seramai 31 asatizah dicalonkan oleh para ahli untuk pengundian barisan Majlis Tertinggi Pergas (MTP) pada 18 Julai yang lalu.

Jawatankuasa Eksekutif

  • Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Presiden
  • Ustazah Kalthom Muhd Isa, Naib Presiden
  • Ustaz Mohammad Bahrul Ulum Buang, Setiausaha
  • Ustazah Nur Khadijah Ramli, Bendahari
  • Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman, Naib Bendahari
  • Ustaz Mohamad Hasyim Masnin, Naib Setiausaha

Ahli Kehormat

  • Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid
  • Ustaz Muhd Nuzhan Abdul Halim
  • Ustaz Fathurrahman M Dawoed
  • Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani
  • Ustaz Izal Mustafa Kamar
  • Ustazah Rohana Ithnin
  • Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid
  • Ustaz Mohamed Effendi Suparde

"Mereka terdiri daripada asatizah mapan dan muda yang mempunyai latar belakang pengajian, pekerjaan dan kemahiran yang berbagai," menurut kenyataan media PERGAS.

USTAZAH SUKARTI DILANTIK MASYAIKH PERGAS

PERGAS turut mendedahkan bahawa buat pertama kalinya, seorang asatizah wanita dilantik untuk menyertai barisan masyaikh.

Asatizah tersebut, Ustazah Sukarti Asmoin pernah menyandang jawatan Naib Presiden PERGAS.

"(Beliau) kini terpilih untuk menyertai barisan masyaikh PERGAS bersama para asatizah mapan seperti Ustaz Pasuni Maulan, Ustaz Ali Haji Mohamed, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram, Ustaz Sallim Jasman dan Ustaz Abdul Manaf Bin Rahmat.

Pemilihan beliau merupakan satu detik bersejarah bagi PERGAS sepanjang 64 tahun penubuhannya sebagai satu-satunya institusi ulama dan asatizah di Singapura," menurut PERGAS.

Menjelaskan lanjut, persatuan itu menyatakan bahawa barisan masyaikh "memainkan peranan penting dalam memberikan nasihat dan panduan keagamaan dan kepimpinan agama – kepimpinan yang dapat menyatupadukan para ulama dan asatizah dalam menghadapi pelbagai cabaran hari muka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan