Barisan panjang di pusat pemeriksaan Johor Bahru dek gangguan elektrik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Intan Yuhana)
SINGAPURA: Gangguan elektrik di pusat pemeriksaan Johor Bahru menyebabkan barisan beratur yang panjang pada Rabu (6 Dis) pagi.
Menurut para pelawat di media sosial, gangguan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), juga menjejas kemudahan pintu elektrik (e-gate), yang tidak boleh digunakan.
Akbar Lianhe Zaobao melaporkan gangguan tersebut bermula pada tengah malam Selasa (5 Dis).
Gambar dan video di media sosial menujukkan barisan beratur yang panjang di dewan pelepasan, dengan ramai pelawat menunggu dalam suasana gelap.
Terdapat video yang menunjukkan penunggang motosikal terperangkap dalam kesesakan sekitar pukul 8.30 pagi.

Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) melaporkan pada Rabu (6 Dis) bahawa pada pukul 11.00 pagi, trafik keluar dari Pusat Pemeriksaan Woodlands sesak "disebabkan trafik yang tidak bergerak di Malaysia".
"Kelengahan dijangkakan dan pelawat dinasihatkan untuk memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka."
Menteri Besar Johor Bahru Onn Hafiz dalam catatannya di Facebook pada Rabu menyatakan bahawa insiden tersebut "menyusahkan pelawat dan memalukan negara".
Beliau menyertakan gambar dalam catatannya, dari syarikat tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertarikh 27 November.
Surat tersebut menyatakan bahawa bekalan elektrik akan dihentikan atau menjejas beberapa kawasan untuk sementara, termasuk kompleks CIQ, dan JB Sentral dari Selasa,pukul 8.00 malam, sehingga Rabu, pukul 5.00 pagi.
Encik Onn Hafiz menambah bahawa TNB dan pihak berkuasa prasarana Jabatan Kerja Raya sudah diarahkan untuk menangani gangguan tersebut "secepat mungkin".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.