Barisan anggota Lembaga Pengelola & Jawatankuasa Pemandu SCIS rasmi diumumkan
Dengan kerjasama institusi-institusi lain, usaha itu akan dapat memperkukuh kepimpinan keagamaan, menyokong keperluan masyarakat dan menyumbang kepada perpaduan sosial.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian pada Selasa (27 Jan) ketika secara rasmi mengumumkan pembentukan Lembaga Pengelola & Jawatankuasa Pemandu SCIS di acara Simposium SCIS.
Anggota Lembaga Pengelola SCIS terdiri daripada 12 individu dan dipimpin oleh Mantan Speaker Parlimen Abdullah Tarmugi selaku pengerusinya.
Tahun lalu, BERITA Mediacorp telah melaporkan senarai anggota kedua-dua Lembaga Pengelola dan Jawatankuasa Pemandu SCIS.
Antaranya, ia merangkumi asatizah kanan, ahli akademik bertauliah dan pembangun kurikulum Pengajian Islam serta Sains Sosial.
Lembaga Pengelola bertanggungjawab melakar hala tuju strategik sementara Jawatankuasa Pemandu berperanan memastikan pelaksanaan program berjalan dengan berkesan menjelang kemasukan kohort sulung pada 2028.
Senarai penuh Anggota Lembaga Pengelola:
1. Abdullah Tarmugi (Pengerusi)
Mantan Speaker Parlimen
2. Kadir Maideen
Ketua Eksekutif MUIS
3. Dr Nazirudin Nasir
Mufti Negara
4. Zuraidah Abdullah
Mantan CEO Yayasan MENDAKI
5. Ustaz Pasuni Maulan
Mantan Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah
6. Yeoh Chee Yan
Pengerusi NHB
Penasihat Kanan MCCY
7. Azriman Mansor
CFO Kumpulan, Real Kaiten Consultancy & Investments
8. Robbie Goh
Provos dan Profesor SUSS
9. Amy Hing
Timbalan Setiausaha (Masyarakat dan Belia), MCCY
10. Ang Bee Lian
Penasihat Kanan MSF
11. Kohe Hassan
CEO Kumpulan, M Kapital Holdings
12. Tan Kok Yam
Ketua Eksekutif SkillsFuture Singapore
Senarai penuh Anggota Jawatankuasa Pemandu SCIS:
1. Ustaz Dr Nazirudin Nasir (Pengerusi)
Mufti Singapura
2. Dr Albakri Ahmad
Timbalan Ketua Eksekutif (Projek Khas), MUIS
3. Ang Bee Lian
Penasihat Kanan, MSF
4. Prof Madya Allan Chia
Timbalan Provos, SUSS
5. Ustazah Farah Mahamood Aljunied
Pengarah Kanan, Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan, MUIS
6. Ustaz Fathurrahman Dawoed
Naib Pengerusi, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Pengarah Eksekutif, Andalus Corporation Pte Ltd
7. Khairul Anwar
Timbalan Ketua Eksekutif MUIS
8. Ustaz Dr Mohamed Ali
Zamil Kanan di RSIS, NTU
9. Ustaz Dr Mohd Murat Aris
Timbalan Mufti, MUIS
10. Norhayati Haron
Pengarah Bertanggungjawab bagi Kelompok
Kewangan dan Perkhidmatan Haji, MUIS
11. Dr Winston Ong
Naib Presiden (Korporat) di SUSS
12. Ustazah Dr Rohana Ithnin
Pensyarah Kanan
Anggota Jawatankuasa Fatwa MUIS
13. Profesor Madya Suzaini Kadir
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik),
Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew
14. Yeoh Chee Yan
Pengerusi NHB
Penasihat Kanan, MCCY
15. Zuraidah Abdullah
Mantan CEO Yayasan MENDAKI
16. Dr Gog Soon Joo
Zamil di Pejabat SUSS-IAL
17. Professor Robbie Goh
Provos dan Profesor SUSS
18. Professor Paul Hedges
Profesor di RSIS, NTU
19. Dr Kang Lu Ming, Trivina
Pensyarah Kanan, NIE
PENTINGNYA KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG DALAM PUCUK KEPIMPINAN PEMBANGUNAN SCIS
Mengulas lanjut mengenai perlunya kepelbagaian latar belakang dalam pucuk kepimpinan pembangunan SCIS itu, Dr Nazirudin berkata:
"Perlu untuk kita mengambil kira apakah jenis perspektif-perspektif yang boleh mengkayakan lagi kurikulum pendidikan agama pada peringkat universiti tersebut."
Dalam mengumumkan secara rasmi pembentukan kedua-dua jawatankuasa tersebut, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim yakin kepelbagaian itu akan dapat membawa SCIS ke peringkat yang lebih tinggi.
"Bersama Panel Penasihat SCIS yang ditubuhkan pada Jun lalu, mereka akan memberikan panduan yang kukuh dalam usaha membangunkan SCIS sebagai sebuah institusi yang berwibawa," jelasnya dalam ucapannya di acara Simposium SCIS 2026.
Dr Faishal malah, menyuarakan keyakinannya bahawa kerjasama SCIS bersama SUSS dan tiga institusi Islam lain - Dar Ifta' Al-Misriyyah di Mesir, Universiti Jordan dan Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi - dapat "membina sesuatu yang benar-benar bermakna bagi landskap pendidikan Islam di Singapura".
Kerjasama itu malah, menurut Dr Faishal, mampu "memperkukuh kepimpinan pemikiran keagamaan, menyokong keperluan masyarakat, serta menyumbang kepada keharmonian sosial".
PENGANJURAN SULUNG SIMPOSIUM SCIS AJAK TEROKA PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Acara sulung Simposium SCIS 2026 dihadiri seramai 350 hadirin, yang terdiri daripada cendekiawan tempatan dan dari luar negara, pemimpin masyarakat serta para pelajar.
Menerusi ceramah dan bengkel interaktif, para hadirin berpeluang meneroka peranan pendidikan Islam di peringkat lebih tinggi dalam mempersiapkan generasi pemimpin pelapis dan karyawan Islam dalam konteks masyarakat majmuk.
Antara peserta yang hadir dan meraih manfaat daripada acara simposium tersebut termasuk pelajar Madrasah Aljunied, Adam Qaayed Rohaizad.
Menjelang pembukaan SCIS pada 2028, kolej itu akan menerima kohort sulungnya sehingga 60 penuntut.
Bagi tahun-tahun seterusnya pula, ia menyasarkan kemasukan sehingga 80 penuntut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.