Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Barang tiruan bernilai S$62,000 dirampas dari pasar jalanan Clementi, kediaman Ang Mo Kio

Barangan tiruan yang dianggarkan bernilai S$62,000 dirampas dari sebuah pasar jalanan di Clementi dan sebuah kediaman di Ang Mo Kio semasa satu serbuan minggu lalu. Demikian menurut polis pada Isnin (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Barang tiruan bernilai S$62,000 dirampas dari pasar jalanan Clementi, kediaman Ang Mo Kio

Barang-barangan yang disita dari pasar jalanan di Clementi dan sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Barangan tiruan yang dianggarkan bernilai S$62,000 dirampas dari sebuah pasar jalanan di Clementi dan sebuah kediaman di Ang Mo Kio semasa satu serbuan minggu lalu. Demikian menurut polis pada Isnin (18 Apr).

Seorang wanita berusia 42 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam penjualan barangan tiruan itu.

Menurut polis, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CAD) menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah pasar jalanan di Clementi Avenue 3 dan sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Street 51 pada 14 April.

Mereka menemui lebih 2,400 helai pakaian yang melanggar tanda dagangan, bernilai sekitar S$62,000 dan disita oleh para pegawai.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah menjual atau mengedarkan barangan dengan tanda dagangan palsu boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius pelanggaran hak milik intelektual dan ingin mengingatkan orang awam bahawa mengedar serta menjual barangan tiruan adalah satu kesalahan serius," menurutnya.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang mengaut untung atas kesempatan perniagaan yang sah serta pengguna."

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan