Barang kemas bernilai lebih S$35,000 dicuri dari kedai Yew Tee
Tiga rantai emas dan satu loket bernilai S$35,886 keseluruhannya, dicuri dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah Yew Tee Square.
SINGAPURA: Tiga rantai emas dan satu loket bernilai S$35,886 keseluruhannya, dicuri dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah Yew Tee Square.
Gold Scale Jewels, yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah itu, mengesahkan bahawa pencurian berlaku semalam (15 Dis) tetapi enggan mengulas lanjut.
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kes curi di 624 Choa Chu Kang Street 62 pada sekitar 4.40 petang.
Mediacorp difahamkan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang-barang tersebut belum lagi ditangkap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.