Bapa tergamak rogol, lakukan serangan seksual terhadap anak perempuan sejak usia 4 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Sepanjang tempoh selama lapan tahun, seorang lelaki melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya sebelum merogol budak itu ketika dia berusia 12 tahun.
Perbicaraan lelaki berusia 36 tahun itu, yang namanya tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti anak perempuannya, dijalankan pada Selasa (8 Nov).
Lelaki itu didakwa dengan 13 tuduhan termasuk merogol, melakukan serangan seksual yang teruk dan menunjukkan bahan-bahan pornografi kepada anak perempuannya.
Pihak pendakwa menyifatkan kes tersebut sebagai "serangan seksual yang berterusan di tangan bapa kandungnya sendiri sejak dia di tadika sehingga berumur 12 tahun".
Menurut pihak pendakwa, lelaki itu mendedahkan anak perempuannya kepada pornografi ketika dia di Darjah 3 atau Darjah 4.
Apabila anak perempuannya menghampiri akil baligh pada 2018 atau 2019, lelaki itu mula melakukan serangan seksual terhadapnya.
Pada Ogos 2019, lelaki itu dipercayai merogol anak perempuannya di bilik tidur utama semasa dia berusia 12 tahun. Malah, dia melakukan serangan seksual terhadap budak itu sebulan kemudian semasa mangsa sedang belajar untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).
Menurut pihak pendakwa, akibat penderaan yang dialaminya, budak perempuan itu mula melakukan perbuatan bagi mencederakan dirinya sendiri termasuk mengelar pergelangan tangannya pada 3 September 2019.
Salah seorang gurunya dijangka akan memberikan keterangan mengenai luka yang diperhatikannya pada pergelangan tangan mangsa.
Kanak-kanak perempuan itu, yang kini berusia 15 tahun, adalah yang pertama untuk dipanggil bagi memberikan keterangan.
Mahkamah sudah melaksanakan langkah-langkah perlindungan supaya mangsa tidak perlu melihat tertuduh, memandangkan mangsa adalah budak bawah umur.
Perbicaraan akan diteruskan sepanjang minggu ini, dengan mangsa dijangka akan memberikan keterangan bagi sebahagian besar perbicaraan kes tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.