Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bapa Sepanjang Hayat lancar kumpulan berdasarkan kawasan undi

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa Sepanjang Hayat lancar kumpulan berdasarkan kawasan undi

Gambar: CNA

Diterbitkan : 15 Apr 2023 05:15PM Dikemas Kini : 15 Apr 2023 05:16PM
SINGAPURA: Para penduduk di Kebun Baru boleh menjangkakan lebih banyak kegiatan mengeratkan hubungan antara kaum bapa dengan anak-anak, contohnya program sarapan pagi dan bengkel berdasarkan pengalaman.

Gerakan kebapaan kebangsaan, Bapa Sepanjang Hayat, telah memulakan kumpulan berdasarkan kawasan undi yang pertama di Kebun Baru.

Para pemimpin akar umbi turut ikut serta sebagai duta-duta.

"Penglibatan seorang bapa amat penting pada setiap tahap kehidupan anak-anak. Kajian menunjukkan kesan sepanjang hayat oleh kaum bapa adalah besar. Apabila seorang bapa berhubungan secara positif, anak-anak mereka selalunya berkembang baik secara fizikal dan emosi. Menerusi kumpulan ini, kami berharap untuk kumpulkan kaum bapa di Kebun Baru. Kita akan melaluinya bersama dan menjadi sumber kekuatan untuk satu sama lain," ujar Henry Kwek, AP SMC Kebun Baru.

Kumpulan itu mahu memberi kaum bapa di kawasan tersebut satu jaringan untuk saling menyokong dalam melayari fasa keibubapaan.

Ia telah dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada pagi Sabtu (15 Apr) sempena Hari Keluarga di Kebun Baru.

Para penduduk berpeluang mencuba cetakan pena serta permainan lego 3D.

Mereka turut menyaksikan pertunjukan Taekwondo.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan