Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bapa kembar lelaki 11 tahun diberkas, bakal dikenakan tuduhan bunuh

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa kembar lelaki 11 tahun diberkas, bakal dikenakan tuduhan bunuh

Upacara keagamaan di terusan berdekatan Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah pada 22 Jan 2022. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 11:36PM Dikemas Kini : 23 Jan 2022 12:01AM

SINGAPURA: Polis sudah memberkas seorang lelaki 48 tahun kerana disyaki terlibat dalam kematian dua anak lelakinya berusia 11 tahun, yang ditemui mati dekat taman permainan di Greenridge Crescent pada Jumaat (21 Jan).

Demikian menurut kenyataan polis lewat Sabtu malam (22 Jan).

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta bantuan sekitar pukul 6.25 petang semalam (21 Jan), di taman permainan di Upper Bukit Timah itu.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua anak lelaki, lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan dekat taman permainan tersebut. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis kemudian mengambil tindakan susulan ke atas semua kemungkinan dan menjalankan siasatan sepanjang masa sebelum akhirnya menangkap lelaki berusia 48 tahun itu.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (24 Jan) atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan 1871.

Kesalahan itu membawa hukuman mati.

 

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan