Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bapa didakwa bunuh anak lelaki di Upper Bukit Timah direman bagi pemeriksaan psikiatri

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jan 2022 01:38PM Dikemas Kini : 31 Jan 2022 11:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa membunuh anak lelakinya yang berusia 11 tahun di terusan di Upper Bukit Timah ditahan reman bagi pemeriksaan psikiatri selepas kesnya dibicarakan pada Sabtu (29 Jan). 

Tiada dakwaan lain yang dikemukakan, kata seorang jurucakap Mahkamah Daerah hari ini (31 Jan). 

Xavier Yap Jung Houn, 48 tahun, didakwa minggu lalu dengan satu tuduhan membunuh dan menyebabkan kematian Yap E Chern Ethan di sebuah terusan tertutup di taman permainan Greenridge Crescent antara pukul 4.23 petang dengan 6.25 petang pada 21 Januari. 

Ethan dan abangnya Aston ditemui mati di kawasan tersebut pada 21 Januari. Polis kemudian memberkas bapanya kerana disyaki terlibat dalam kematian kedua-dua anak lelakinya. 

Yap asalnya dijadualkan untuk dihadapkan di Mahkamah Daerah hari ini (31 Jan) untuk kesnya dibicarakan buat kali kedua. 

Namun, kesnya tidak dikemukakan dan mahkamah mengesahkan bahawa kesnya diawalkan dua hari dan dibicarakan pada Sabtu (29 Jan). 

Mahkamah mengesahkan kepada Mediacorp bahawa Yap tidak menerima sebarang tuduhan tambahan pada Sabtu (29 Jan). Ia tidak luar biasa untuk tertuduh ditahan dan diberikan tuduhan lain kemudian. 

Dia sudah pun ditahan reman di Kompleks Perubatan Penjara Changi. 

Yap diwakili oleh peguam Anil Singh Sandhu dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 Februari. Jika didapati bersalah membunuh, Yap berdepan dengan hukuman mati. 

Pada Khamis (27 Jan), Yap dibawa oleh polis ke terusan, di mana mayat anak-anaknya ditemui. 

Ramai anggota masyarakat menzahirkan dukacita dan simpati terhadap kematian adik-beradik itu, dengan beberapa orang awam meninggalkan jambangan bunga di terusan itu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan