Bapa bebas dari semua tuduhan rogol anak perempuan 12 tahun, dera secara seksual
Lelaki berusia 37 tahun itu, yang tidak didedahkan namanya di bawah arahan mahkamah demi melindungi identiti mangsa, dilepaskan daripada 13 tuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan menunjukkan pornografi kepada anak perempuannya.
Gambar fail Mediacorp.
Lelaki berusia 37 tahun itu, yang tidak didedahkan namanya di bawah arahan mahkamah demi melindungi identiti mangsa, dilepaskan daripada 13 tuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan menunjukkan pornografi kepada anak perempuannya.
Hakim Valerie Thean meneliti butiran setiap pertuduhan untuk menjelaskan sebab beliau mendapati keterangan anak perempuan tertuduh itu tidak konsisten dan tidak cukup "meyakinkan" untuk mewajarkan sabitan kesalahan.
Bukti gadis itu tidak sepadan dengan apa yang dikatakan di mahkamah berkaitan dengan tarikh dan jenis perbuatan yang dilakukan, didapati berbeza dengan apa yang dikatakan dalam kenyataan polis, kepada kaunselor sekolahnya dan pakar psikiatrinya.
Hakim itu juga menegaskan pihak pendakwaan ada dua jenis bukti yang menyokong keterangan anak perempuannya - bukti perubatan, serta aduan berulang gadis itu mengenai penderaan seksual kepada rakan-rakannya dan orang lain.
Hakim Thean bagaimanapun menolak kategori-kategori tersebut dan merujuk kepada keterangan gadis itu sahaja. Beliau berkata keterangan gadis itu mestilah terlalu meyakinkan untuk mendapatkan sabitan bagi mana-mana pertuduhan.
KES GADIS ITU
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa pertama kali mendera anak perempuannya secara seksual semasa di bilik air ketika mangsa di peringkat tadika.
Tertuduh kemudian didakwa mula menunjukkan pornografi ketika mangsa dalam Darjah 3, sebelum menyerangnya secara seksual apabila mangsa menghampiri baligh, dua atau tiga tahun kemudian.
Menurut anak perempuannya, tertuduh telah memaksanya membuat perbuatan seks dengannya di beberapa tempat termasuk di beberapa bahagian di rumah mereka dan di tangga bawah rumah rakannya.
Hakim Thean pada mulanya mempersoalkan "kuasa mengingat semula" gadis itu.
Semasa siasatan dijalankan, gadis itu berkata dia pertama kali memberitahu teman lelakinya G mengenai penderaan seksual pada Julai 2019.
Bagaimanapun, dia kemudian memberikan keterangan semasa perbicaraan bahawa dia telah memberitahu rakannya mengenainya pada Jun 2019 sebelum memberitahu rakan lain pada keesokan harinya.
Ini menimbulkan keprihatinan mengenai "mutu mengingati semula", kata hakim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.