Skip to main content

Singapura

Banyak syarikat kehabisan kereta untuk disewa dek lonjakan tempahan sempena Tahun Baru Cina

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jan 2023 05:28PM Dikemas Kini : 21 Jan 2023 10:04PM

SINGAPURA: Bagi yang bercadang untuk menyewa kereta semasa cuti Tahun Baru Cina,mereka berkemungkinan besar bakal menghadapi masalah untuk membuat tempahan.

Syarikat-syarikat sewa kereta di Singapura melaporkan lonjakan permintaan dari warga Singapura yang ingin melakukan kunjungan rumah ke rumah.

Oleh itu, mereka tidak mempunyai kenderaan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan. 

Syarikat sewa kereta Ace Drive akur, perniagaan sangat luar biasa.

Kesemua 240 kenderaan milik syarikat itu ditempah sepenuhnya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina kali ini.

Tempoh sewa juga kini lebih lama.

Lebih 60 peratus kereta sewanya ditempah untuk lebih sebulan, berbanding hanya untuk dua hingga tiga hari pada lazimnya.

"Apa yang kami ada, tidak cukup untuk memenuhi permintaan. Itu sebabnya mengapa kami terus-menerus mendaftar kenderaan, setidaknya lagi 60 unit sepanjang beberapa bulan lalu, hanya untuk tempahan semasa Tahun Baru Cina," kata Pengarah Eksekutif syarikat Ace Drive Car Rental, April Koh. 

Namun begitu, syarikat Ace terpaksa menolak beberapa pelanggan yang cuba melakukan tempahan pada saat-saat akhir.

Satu lagi syarikat yang menghadapi tekanan serupa adalah GetGo.

Ia memiliki lebih 2,000 kereta di serata Singapura yang pelanggan boleh sewa sehingga lima hari, hanya dengan menggunakan aplikasi.

Kesemua kereta sudahpun disewa untuk hari pertama Tahun Baru Cina.

"Walaupun telah berkembang cukup agresif, saya rasa dalam setahun, kami telah menambah lebih 1,000 kereta. Namun kami dapati ia masih tidak cukup untuk Tahun Baru Cina. 

"Kami yakin untuk mengembangkan armada kami secara bertahap dan organik, sesuai dengan permintaan. Jadi kami akan terus cuba untuk berkembang," ujar CEO & Pengasas bersama syarikat GetGo, Toh Ting Feng. 

GetGo merancang untuk meningkatkan armada kereta sewanya kepada 10,000 kenderaan menjelang 2030.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita