Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banyak sekolah mansuh peperiksaan tengah tahun, lebih awal dari jadual

Kebanyakan sekolah rendah dan menengah sedang memansuhkan peperiksaan pertengahan tahun bagi beberapa peringkat, menyusuli rancangan pemerintah untuk memansuhkan peperiksaan tersebut menjelang 2021. 

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak sekolah mansuh peperiksaan tengah tahun, lebih awal dari jadual

Gambar fail pelajar menduduki peperiksaan. (Gambar: Ruyi Wong)

Diterbitkan : 28 May 2019 05:27PM Dikemas Kini : 28 May 2019 05:32PM

SINGAPURA: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah sedang memansuhkan peperiksaan pertengahan tahun bagi beberapa peringkat, menyusuli rancangan pemerintah untuk memansuhkan peperiksaan tersebut menjelang 2021. Demikian dedah Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Selasa (28 Mei).

Lebih separuh sekolah rendah akan memansuhkan peperiksaan pertengahan tahun untuk Darjah 3 dan Darjah 5 menjelang tahun depan, menurut Encik Ong. Manakala, lebih 90 peratus sekolah menengah akan memansuhkan peperikasaan pertengahan tahun bagi peringkat Menengah 3 menjelang 2020.

Beberapa sekolah sudahpun memansuhkan peperiksaan tahun ini - dua tahun awal dari dijadualkan, menurut Encik Ong.

PROGRAM PERINTIS BAGI SUBJEK SECARA PENUH ATAU 'BANDING' DIPERLUASKAN

Berucap di Sidang Guru-Guru kesembilan di Singapore Expo, Encik Ong turut berkata bahawa MOE sudah meningkatkan jumlah sekolah yang akan melaksanakan program perintis bagi pelaksanaan pengumpulan berdasarkan subjek secara penuh atau 'banding' tahun depan.

Kementerian itu mengumumkan pada Mac bahawa sistem 'aliran' yang ada sekarang bagi sekolah-sekolah menengah - di mana para pelajar diasingkan kepada aliran Eskpres, Normal (Akademik) atau Normal (Teknikal) berdasarkan keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) - akan dimansuhkan dan digantikan dengan pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB).

Di bawah pengumpulan berdasarkan subjek, seorang pelajar dengan Markah PSLE dari 4 hingga 20 akan layak untuk subjek-subjek pada peringkat tertinggi iaitu G3. Ini bermaksud bahawa seorang pelajar memerlukan markah purata sebanyak 5 bagi setiap subjek bagi membolehkannya mengambil semua subjek-subjek peringkat G3, iaitu peringkat Ekspres sekarang.

Pada awalnya, program perintis itu dirancang untuk meliputi 25 sekolah, tetapi ia diperluaskan setelah lebih banyak sekolah memohon disertakan, menurut Encik Ong.

BUTIRAN LANJUT MENGENAI SISTEM PENILAIAN BARU PSLE

Encik Ong turut berkata bahawa MOE akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perubahan-perubahan terhadap sistem penilaian baru PSLE yang akan dilaksanakan pada 2021.

Kelompok pelajar pertama yang terjejas akibat perubahan itu adalah mereka yang kini berada di Darjah 4.

Di bawah sistem penilaian baru, yang diumumkan MOE pada 2016, para pelajar PSLE akan dinilai berdasarkan tahap pencapaian 1 hingga 8 bagi setiap empat subjek masing-masing.

Jumlah keseluruhan tahap pencapaian ini akan merangkumi jumlah keseluruhan para pelajar.

"Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai peralihan dari keputusan PSLE ke Peringkat Pencapaian, dalam beberapa bukan mendatang. Saya yakin ada banyak soalan daripada para pelajar dan ibu bapa.

"MOE akan menyediakan pakej-pakej maklumat, dan guru-guru akan menjelaskan perubahan-perubahan itu kepada para ibu bapa," tambah Encik Ong. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan