'Banyak kemajuan' dicapai bersihkan pantai Sentosa; lebih 140,000kg pasir berminyak dihapuskan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sentosa/Facebook
SINGAPURA: "Kemajuan yang baik" dicapai dalam usaha membersihkan tumpahan minyak di pantai-pantai Sentosa.
Perkembangan tersebut dikongsi oleh pulau peranginan itu pada Ahad (23 Jun).
Tumpahan minyak berkenaan berlaku pada Jumaat (14 Jun) setelah sebuah kapal yang berdaftar di Belanda melanggar kapal tangki minyak yang tidak bergerak, sekali gus menyebabkan minyak daripada tangki kapal itu mengalir ke laut.
Berikutan insiden tersebut, tumpahan minyak itu merebak ke beberapa pantai di Singapura, termasuk di Sentosa dan Taman East Coast.
Lebih 140,000 kilogram pasir berminyak dihapuskan daripada pantai Siloso, Palawan dan Tanjong sejak 15 Jun, menurut Sentosa dalam catatan yang dimuat naik ke Facebook pada tengah hari Ahad (23 Jun).
Pantai Siloso "sebahagian besarnya sudahpun dibersihkan", dedah Sentosa.
Dalam kemas kini yang dimuat naik pada 20 Jun, pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa "sebahagian besar" tumpahan minyak di pantai Taman East Coast telah dihapuskan dan pantai di Tanah Merah sebahagian besarnya sudahpun dibersihkan.
Pantai-pantai di tiga pulau Singapura - Pulau Sekijang Bendera (St John's Island), Sekijang Pelepah (Lazarus Island) dan Pulau Tembakul yang juga dikenali sebagai Pulau Kusu - serta "sebahagian besar" pantai Siloso telah dibersihkan daripada pasir berminyak.
Sejak Jumaat lalu, para pekerja di Sentosa telah memulakan kerja-kerja membersihkan minyak di atas batu dan pemecah ombak, jelas pulau peranginan itu pada Ahad. Ia menyifatkan kerja-kerja pembersihan itu sebagai satu tugas yang "mencabar dan memakan masa".
"Kawasan-kawasan ini lebih sukar diakses daripada pinggir laut, dengan permukaan yang tidak rata dan minyak merebak ke dalam celah-celah batu," katanya.
Sementara itu, Sentosa menyatakan pihaknya sedang bekerja rapat dengan para pakar untuk menggunakan kaedah pembersihan khusus "bagi menghapuskan minyak dengan rapi dan membersihkannya dari bahagian lagun".
Mediacorp sudahpun menghubungi Sentosa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.