Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan tambahan bagi sektor maritim harungi COVID-19

Turut dilanjutkan pembiayaan bersama bagi program-program tertentu bagi menggalakkan latihan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2020 06:57PM Dikemas Kini : 08 Dec 2020 09:15PM

SINGAPURA: Para pelaut dan pengendali feri boleh menjangkakan lebih banyak sokongan demi membantu mereka mengharungi krisis COVID-19.

Bantuan tambahan itu, yang merupakan sebahagian daripada Pakej MaritimeSG Together, dikhususkan bagi sektor-sektor yang lebih terjejas dalam industri tersebut.

Menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA), langkah-langkah relevan itu akan dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Jun tahun depan - sekaligus membawa jumlah keseluruhan sokongan yang ditawarkan kepada S$33 juta.

Para pelaut rakyat Singapura yang layak boleh mendaftarkan diri untuk menerima sehingga S$700 sebulan bagi tempoh sehingga enam bulan.

Ini sekiranya mereka tidak berjaya mendapat pekerjaan di atas kapal antara Januari hingga Jun depan.

Turut dilanjutkan pembiayaan bersama bagi program-program tertentu bagi menggalakkan latihan semula. 

Sumber : CNA/AI/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan