Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan sementara bagi individu, firma tidak dapat penuhi kontrak dek COVID-19 dilanjutkan sebulan lagi

Para individu dan syarikat-syarikat perniagaan yang cuba mendapatkan bantuan sementara kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab kontrak disebabkan oleh pandemik COVID-19, kini diberikan tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi sebelum sebarang tindakan guaman boleh diambil.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan sementara bagi individu, firma tidak dapat penuhi kontrak dek COVID-19 dilanjutkan sebulan lagi

(Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 12 Oct 2020 07:35PM Dikemas Kini : 12 Oct 2020 07:49PM

SINGAPURA: Para individu dan syarikat-syarikat perniagaan yang cuba mendapatkan bantuan sementara kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab kontrak disebabkan oleh pandemik COVID-19, kini diberikan tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi sebelum sebarang tindakan guaman boleh diambil bagi menguatkuasakan kontrak tersebut.

Dalam kenyataannya ada Isnin (12 Okt), Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menyatakan bahawa ia akan melanjutkan tempoh bantuan sementara yang ditetapkan di bawah Akta COVID-19 (Langkah-Langkah Sementara) selama sekurang-kurangnya sebulan lagi dari tarikh akhir sebelum ini iaitu pada 19 Okt, dan sehingga lima bulan bagi kontrak-kontrak tertentu.

Akta itu dikuatkuasakan pada April lalu bagi menyediakan bantuan sementara kepada pihak-pihak daripada dikenakan tindakan guaman dan tindakan penguatkuasaan tertentu kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab kontrak masing-masing disebabkan oleh COVID-19.

Pengumuman mengenai pelanjutan itu bagaimanapun tidak terikat dengan satu lagi bahagian di bawah undang-undang darurat itu, yang membenarkan mereka yang berdepan dengan kemuflisan dan masalah tidak mampu bayar untuk menerima bantuan sementara itu jika mereka memenuhi syarat-syarat tertentu. Tarikh luput pada 19 Okt adalah untuk kes-kes sedemikian.

LANJUTAN KEPADA PELEPASAN KONTRAK

Sekurang-kurangnya 7,400 pemberitahuan dimaklumkan melalui sistem elektronik MinLaw setakat sehingga 30 Sep, dan lebih daripada 1,400 permohonan bagi mendapatkan penilai untuk menghuraikan pertikaian yang timbul daripada bantuan sedemikian sudahpun dserahkan.

"Sekitar enam bulan selepas Akta itu dikuatkuasakan, situasi COVID-19 di Singapura membenarkan kegiatan ekonomi dan sosial disambung semula secara bertahap-tahap," menurut MinLaw.

"Namun, disebabkan oleh keperluan berterusan untuk melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat, banyak syarikat perniagaan mungkin boleh menghela nafas lega untuk membuat penyesuaian yang lebih baik dari segi konteks operasi semasa dan menimbangkan bagaimana mereka boleh memenuhi tanggungjawab kontrak masing-masing."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan