Skip to main content

Singapura

Bantuan konsultasi bagi peniaga kawasan kejiranan sebaik tamat tempoh pajakan 30 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan konsultasi bagi peniaga kawasan kejiranan sebaik tamat tempoh pajakan 30 tahun

Suasana di kawasan kejiranan Ang Mo Kio pada 20 Sep 2021. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 05:53PM

SINGAPURA: Persekutuan Persatuan Peniaga Singapura (FMAS) yang menjaga kedai-kedai di kawasan kejiranan sedang menawarkan khidmat konsultasi kepada para pemilik kedai yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan sewa  apabila tempoh pajakan 30 tahun berakhir.

Matlamatnya untuk menyegarkan campuran kedai runcit di kawasan kejiranan.

Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), sekitar 730 kedai-kedai kejiranan sedang disewakan di bawah tempoh pajakan 30 tahun.

Menjelang tahun 2026, enam daripadanya akan terjejas oleh peraturan baru yang mengurangkan tempoh sewa dari 30 kepada tiga tahun saja.

Antara kedai-kedai yang terjejas adalah kedai buku terkenal Union Book Co di Kompleks Bras Basah yang dibuka sejak 40 tahun lalu.

Para pelanggan lama membentuk separuh daripada hasil jualannya.

Namun, dengan tempoh pajakan 30 tahun baginya bakal berakhir pada tahun 2028, kedai-kedai seperti Union Book Co mungkin perlu memperbaharui pajakan mereka setiap tiga tahun.

Lapan lagi kedai di bangunan yang sama juga terjejas.

Sementara itu, untuk meningkatkan peluang  pajakan sewa mereka diperbaharui, kedai buku ini sedang mencuba pelbagai cara untuk menarik pelanggan.

Bagaimanapun tidak semua kedai-kedai yang terjejas, mahir dalam menghasilkan rancangan perniagaan bagi permohonan semula pajakan sewa.

Tender para pemohon akan dinilai bukan sahaja berdasarkan harga, tetapi juga nilai kedai mereka di sesuatu kawasan.

Maka itu, Persekutuan Persatuan Peniaga Singapura (FMAS) akan meningkatkan usahanya untuk mendampingi para pemilik kedai bersama persatuan pedagang tempatan.

FMAS berkongsi setakat ini, lebih 20 kedai sudah mendapatkan bantuannya.

HDB akan menghubungi para pemilik kedai yang terjejas pada minggu ini dan membimbing mereka dalam peralihan itu.

Sumber : CNA/IA/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita