Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan guaman khas bagi golongan memerlukan di bawah MOU baru

Golongan memerlukan bakal mendapat bantuan undang-undang lebih khusus dari para peguam yang memberi khidmat secara sukarela atau pro bono. Ini menyusuli satu Memorandum Persefahaman baru yang ditandatangani antara Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman dan Pejabat SG Cares.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan guaman khas bagi golongan memerlukan di bawah MOU baru

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Apr 2021 07:02PM Dikemas Kini : 15 Apr 2021 07:03PM

SINGAPURA: Golongan memerlukan bakal mendapat bantuan undang-undang lebih khusus dari para peguam yang memberi khidmat secara sukarela atau pro bono.

Ini menyusuli satu Memorandum Persefahaman baru yang ditandatangani antara Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman dan Pejabat SG Cares.

Di bawah MOU tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menambah bilangan peguam sukarela yang kemudian akan dikerah kepada Pusat-Pusat Sukarela SG Cares di merata negara.

Pada masa ini ada 14 pusat demikian dan jumlahnya akan bertambah kepada 24 menjelang Mac tahun depan.

Menurut Persatuan Guaman, sehingga Mac tahun lalu hampir 1,700 sukarela termasuk syarikat dan individu telah menyumbang masa mereka kepada program-programnya.

Ia menjangkakan lebih ramai peguam akan tampil memberi bantuan.  

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan