Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan ComCare bagi 6,000 isi rumah berpendapatan rendah dilanjutkan 6 bulan lagi

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melanjutkan bantuan ComCare secara automatik untuk enam bulan lagi, bagi sekitar 6,000 penerima bantuan sedia ada yang tempoh bantuannya akan berakhir antara Ogos dengan Oktober 2020.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melanjutkan bantuan ComCare secara automatik untuk enam bulan lagi, bagi sekitar 6,000 penerima bantuan sedia ada yang tempoh bantuannya akan berakhir antara Ogos dengan Oktober 2020.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifl berkata dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (7 Ogos) bahawa bantuan itu dilanjutkan sedang rakyat berpendapatan rendah merupakan golongan yang amat terjejas akibat kesan COVID-19.

"Kesan COVID-19 akan dirasakan untuk masa yang lama lagi. Krisis kesihatan dan ekonomi ini terutamanya menjejas golongan berpendapatan lebih rendah dan lemah dalam kalangan masyarakat kita. Namun saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa bantuan akan terus disediakan untuk mereka," ujar Encik Masagos.

Menurut beliau, para penerima bantuan tidak perlu ke Pejabat Perkhidmatan Sosial untuk momohon bagi lanjutan bantuan. Bagaimanapun, Encik Masagos menjelaskannya, sekiranya keadaan mereka sudah berubah dan mereka memerlukan lebih banyak bantuan, mereka masih boleh mendekati para pegawai khidmat sosial.

Beberapa bulan lalu, bantuan ComCare turut dilanjutkan bagi 6,000 isi rumah yang tempoh bantuan ComCare mereka berakhir antara Mei dengan Julai 2020.

"Sesetengah daripada penerima bantuan ComCare kami memberitahu kami bahawa lanjutan ini memberikan mereka sedikit ketenangan fikiran sedang mereka berusaha untuk mempertingkatkan diri mereka dan keluarga mereka," kata Encik Masagos.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan