Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan bagi syarikat-syarikat ingin guna AI dipertingkat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2023 05:51PM Dikemas Kini : 13 Apr 2023 08:45PM
SINGAPURA: Lebih banyak bantuan akan dihulurkan kepada syarikat-syarikat yang mahu menggunakan kecerdasan buatan (AI), walaupun ia bermula dari sifar.

AI Singapura atau AISG, akan melatih syarikat-syarikat dalam pengumpulan, persediaan dan pentadbiran data, agar ia dapat menggunakan huraian dan produk sedemikian untuk transformasi perniagaan masing-masing.

AISG akan bekerjasama dengan syarikat Temus untuk berbuat demikian.

Sehingga 100 syarikat boleh mendapatkan pembiayaan secara bersama untuk membangunkan teknologi baru jika huraian AI belum ada lagi bagi masalah mereka.

Lebih 400 rakyat Singapura juga akan diberi latihan mendalam mengenai AI dan bekerja dalam projek-projek sebenar demi mengembangkan kemahiran teknikal dan perniagaan mereka.

"AI adalah bidang yang pesat berubah-ubah. Ia akan dan sedang mempunyai kesan besar terhadap pekerjaan," kata Lew Cheun Hong, Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media.

"Pendekatan utama di sini ialah untuk menerokanya dan memastikan kita dalam kedudukan baik di mana kita boleh merubah pekerjaan, merubah syarikat, memanfaatkan sepenuhnya teknologi, agar dapat mengubah suai dan kekal berada di hadapan," tambahnya.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan