Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan bagi pemandu bekerja sendiri sebahagian daripada pakej sokongan S$1.5 bilion

Pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet yang layak akan menerima bantuan sekali saja sebanyak S$150 sebagai sebahagian daripada pakej sokongan S$1.5 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet yang layak akan menerima bantuan sekali saja sebanyak S$150 sebagai sebahagian daripada pakej sokongan S$1.5 bilion.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Kewangan dan Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (21 Jun).

Mereka akan menerima bantuan tersebut pada bulan Ogos tahun ini.

Para pemandu kereta sewa perlu melakukan purata 200 perjalanan setiap bulan dari 1 Mac hingga 31 Mac tahun ini untuk layak, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media yang berasingan.

Tambahan itu, pemerintah akan menyediakan pengecualian levi pekerja hijrahan selama sebulan bagi bulan Jun tahun ini bagi 11 pusat penyembelihan ayam Singapura bagi mengurangkan kesan larangan eksport Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada langkah sokongan bagi mereka yang bekerja sendiri, pemandu bus mini, pemandu limusin dan pekerja penghantaran serta penunggang motosikal akan menerima wang tunai sehingga S$300.

Para pemandu bas mini dan limusin mesti merupakan ahli Persatuan Kenderaan Kereta Sewa Privet Kebangsaan manakala penunggang motosikal dan pemandu penghantaran mesti merupakan sebahagian daripada Persatuan Teraju Penghantaran Nasional (NDCA) bagi melayakkan diri bagi bantuan tersebut

Mereka juga harus memohon di bawah Skim Bantuan Pekerja Bebas NTUC dan Unit Bekerja Sendiri dan lebih banyak perincian akan didedahkan menjelang Ogos tahun ini.

MOF juga menambah bahawa bantuan segera dan bersasar itu bertujuan membantu terutama sekali kumpulan berpendapatan rendah dan lebih mudah terjejas.

Semasa berucap di sidang media, Encik Chee menarik perhatian bahawa harga petrol meningkat 30 hingga 40 peratus sejak enam bulan lalu. Beliau juga menjelaskan bantuan pemerintah diberikan sebagai tambahan kepada bantuan-bantuan lain yang mungkin diterima oleh para pemandu.

Beliau menarik perhatian bahawa syarikat-syarikat pengendali teksi dan kereta sewa privet sudahpun memperkenalkan penyesuaian sementara tambang untuk menambah pendapatan pemandu dalam sektor teksi dan kereta sewa privet.

Banyak syarikat pengendali menawarkan sokongan lanjut, seperti rebat sewa dan diskaun bagi harga minyak, kata beliau.

BANTU PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM

Memandangkan larangan eksport Malaysia terhadap ayam hidup menjejas pusat-pusat penyembelihan ayam, mereka akan menerima pengecualian levi pekerja hijrahan selama sebulan.

Ini akan membantu mengekalkan keupayaan industri di tengah-tengah larangan eksport tersebut, jelas MOF.

Mengulas lanjut mengenai langkah itu, Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Koh Poh Koon berkata kebanyakan pusat penyembelihan ayam terpaksa memberi cuti kepada pekerja mereka, memandangkan kegiatan utama mereka adalah untuk menyembelih ayam hidup.

Meskipun ramai rakyat Singapura prihatin tentang isu-isu kenaikan harga dan kos sara hidup, cabaran yang dihadapi Singapura bukan sahaja mengenai inflasi, kata DPM Wong.

"Ia juga tentang menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan besar dalam sekitaran operasi kita," kata beliau.

Beliau antara lain merujuk kepada faktor-faktor seperti suhu meningkat dan perubahan iklim.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan