Bantu golongan belia jauhi fahaman radikal, libatkan diri dalam keganasan: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Negara Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mendedahkan terdapat trend dalam kalangan golongan remaja bagi menyahut seruan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di mana mereka berada.
Beliau berkata demikian menerusi catatannya di laman Facebook pada Ahad (20 Okt).
Menurut Dr Faishal, biasanya individu boleh menjadi radikal melalui online dan ia boleh berlaku dengan cepat, dalam beberapa bulan sahaja.
"Ia memerlukan masa yang singkat untuk melancarkan serangan sendirian terhadap sasaran menggunakan senjata yang mudah dicari.
"Kita mesti membantu mencegah individu sedemikian daripada terlibat dalam keganasan, dan membahayakan orang lain serta diri mereka sendiri," kata beliau dalam catatannya.

Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan didedahkan kepada ajaran ajaran pendakwah radikal dari luar negara.
Dia kemudian menjadi penyokong tegar ISIS dalam tempoh lima bulan selepas didedahkan kepada bahan-bahan radikal.
Remaja lelaki itu juga merancang dan mengambil "langkah-langkah konkrit" untuk menyerang lelaki-lelaki bukan Islam di Tampines. Dia turut berhasrat untuk ke Syria bagi menyertai ISIS dan melibatkan diri dalam keganasan bersenjata.

Dalam catatannya, Dr Faishal juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tanda-tanda seseorang di sekeliling yang mungkin menjadi radikal.
Orang ramai boleh menghubungi talian ISD di 1800-2626-473 (1800-2626-ISD) jika mereka mengesyaki seseorang itu sudah menjadi radikal.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.