Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantahan di Hong Kong: Tiada dari kalangan 15,000 rakyat S'pura cedera atau terjejas

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata Pemerintah tidak mengetahui adanya warga Singapura yang cedera atau terjejas dengan bantahan-bantahan yang berlaku di Hong Kong sejak Jun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2019 04:56PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 10:20PM

SINGAPURA: Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata Pemerintah tidak mengetahui adanya warga Singapura yang cedera atau terjejas dengan bantahan-bantahan yang berlaku di Hong Kong sejak Jun lalu.

Dianggarkan sekitar 15,000 rakyat Singapura menetap di Hong Kong dan MFA menasihati rakyat Singapura supaya mengelakkan tempat-tempat berlakunya bantahan.

Semasa memberikan perkembangan mengenai Hong Kong di Parlimen, Dr Balakrishnan berkata rakyat Singapura harus berwaspada kerana tunjuk-tunjuk perasaan di Hong Kong boleh bertukar ganas tanpa menunjukkan sebarang amaran.

Rakyat Singapura yang tinggal atau berkunjung ke Hong Kong dinasihati supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang di sana dan memantau perkembangan melalui media-media tempatan, di samping mendapatkan maklumat terkini dari konsulat Singapura di Hong Kong.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan