Skip to main content

Singapura

Bantahan boleh berniat baik tetapi sering "disabotaj"hingga letakkan polis dalam kedudukan rumit: K Shanmugam

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan boleh berniat baik tetapi sering "disabotaj"hingga letakkan polis dalam kedudukan rumit: K Shanmugam

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 16 Aug 2024 11:52PM Dikemas Kini : 17 Aug 2024 12:23AM
SINGAPURA: Bantahan boleh bermula dengan niat yang baik dan dipimpin oleh "orang-orang yang jujur, idealistik," tetapi acara sedemikian sering "disabotaj" oleh orang lain dengan agenda mereka sendiri untuk mencetuskan keganasan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam pada Jumaat (16 Ogos).

Merujuk kepada "kejadian sedemikian" di merata dunia, termasuk bantahan di United Kingdom baru-baru ini, Encik Shanmugam berkata: “Jika anda ada 2,000 orang yang berkumpul bersama, 50 di sana yang mahu mewujudkan keganasan dan dari perspektif polis, anda tidak tahu siapa yang baik dan siapa yang melakukan keganasan.

“Polis menembak. Dengan segera polis berada dalam kedudukan rumit dengan berkemungkinan besar dan disasarkan sebagai dalangnya.”

“Kita di Singapura tidak meletakkan polis dalam kedudukan sedemikian,” kata Encik Shanmugam, sambil menambah inilah caranya mengapa Akta Ketenteraman Awam memerlukan pihak penganjur acara awam berkumpul beramai-ramai mendapatkan permit polis.

Dalam ucapannya di majlis Biasiswa Pasukan Polis Singapura dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) siang tadi, Encik Shanmugam berusaha menggariskan pendekatan Singapura untuk memastikan keamanan dan ketenteraman.

Beliau menyentuh contoh bantahan baru-baru ini di merata United Kingdom selepas serangan pisau yang meragut nyawa tiga orang kanak-kanak.

Sebelum identiti suspek disahkan, berita angin tersebar online mendakwa suspek sebagai seorang Muslim yang meminta suaka.

Ini mencetuskan rusuhan antipendatang di bandar-bandar Britain, dengan golongan berhaluan kanan dipersalahkan kerana menggunakan tragedi itu untuk menyebarkan sentimen antipendatang, antiMuslim itu.

Suspek kes tikaman itu kini disahkan sebagai Axel Rudakubana, seorang berusia 17 tahun yang dilahirkan di Cardiff dengan ibu bapanya dari Rwanda.

Selain maklumat salah, ucapan kebencian dan campur tangan asing, serta isu-isu sosio-ekonomi seperti pekerjaan dan perumahan serta faktor lain yang menyumbang kepada bantahan di United Kingdom, kata Encik Shanmugam.

“Kita tidak membenarkan ini berlaku di Singapura,” kata menteri itu lagi sambil menarik perhatian negara ini cuba mengelakkan keadaan seperti itu daripada berlaku, dengan adanya rangka kerja undang-undang yang disediakan dan menggubal dasar-dasar yang mengutamakan keamanan dan ketenteraman”.

Pertama, Singapura harus ada pelbagai set undang-undang untuk menangani isu-isu yang berpotensi berlaku.

Selain peraturan membantah di bawah Akta Ketenteraman Awam, terdapat Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) yang memantau kebencian kaum dan agama termasuk pendekatan tegas terhadap ucapan kebencian.

“Oleh sebab orang ramai sering kali terdedah kepada ucapan kebencian, sikap prejudis, berat sebelah akan bertambah dan akhirnya keganasan.
Kita lihat itu di mana-mana dalam dunia. Jadi kita tidak membiarkan ia bermula dan kita bertindak,” kata Encik Shanmugam.

Sejak MRHA diperkenalkan pada tahun-tahun 1990-an dan kemudian dipinda pada 2019, pihak berkuasa “tidak perlu mengambil tindakan ekstrem”, kata beliau. Bilangan orang yang melanggar undang-undang adalah “amat kecil” – 199 kes dilaporkan yang berkaitan kaum dan agama dalam tempoh 5 tahun lalu," kata beliau.

Kementerian beliau juga akan memperkenalkan Rang Mengekalkan Keharmonian Kaum yang bertujuan mengukuhkan undang-undang sedia ada yang melibatkan isu-isu perkauman, antara lain.

Secara berasingan, Singapura juga ada undang-undang untuk menangani kepalsuan dan campur tangan asing, menerusi Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) dan Akta Campur Tangan Asing (FICA).

Bersama, rangka kerja perundangan itu membentuk "perisai" yang melindungi warga Singapura daripada huru-hara yang berlaku di negara-negara lain.

“Bukan warga Singapura berlainan atau bermula secara berbeza. Tetapi rangka kerja kita berupa sebagai perisai,” kata Encik Shanmugam.

“Melampaui itu, ada yang terlepas... kita menguatkuasakan agensi-agensi penguatkuasaan bagi mencegah rusuhan, daripada menjadi lebih serius. Akibatnya tiada rusuhan, serangan perkauman, huru-hara - jenis yang anda saksikan.”

Rangka kerja undang-undang adalah "asas kukuh keyakinan dan sokongan awam" dalam agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, kata menteri.

Satu tinjauan awam tahun lalu mendapati 92% yang ditinjau melahirkan kepercayaan kepada pasukan Home Team.

Tinjauan oleh Home Team juga menunjukkan 93% yang ditinjau yakin akan keupayaan Home Team memastikan Singapura selamat dan aman.

Akhir sekali, negara ini memastikan "dasar-dasar yang berkesan untuk rakyat”, seperti Dasar Integrasi Kaum bagi mengekang adanya enklaf kaum di estet-estet perumahan awam, kata Encik Shanmugam.

Para pemimpin dari pelbagai masyarakat kaum dan agama juga sering menganjurkan kegiatan bersama bagi warga Singapura dari pelbagai latar belakang, tambah beliau.

“Inilah sistem yang anda sertai, lindungi dan meneruskannya. Tiada yang mencampakkan anda ke dalam sistem yang menghadapi bantahan setiap hari - Sesuatu yang tidak akan dibenarkan,” kata Encik Shanmugam kepada para penerima biasiswa di majlis di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre itu.

“Kita mencari mereka seperti anda kerana pertubuhan boleh berjaya hanya jika mereka yang baik menyertai kita. Tugasan anda apabila bermula adalah mengekalkan keselamatan Singapura.”
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita