Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank Standard Chartered mungkin buka lebih banyak cawangan di S'pura

Bank Standard Chartered yang berpangkalan di United Kingdom mungkin akan membuka lebih banyak cawangan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2020 08:41PM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 08:52PM

SINGAPURA: Bank Standard Chartered yang berpangkalan di United Kingdom mungkin akan membuka lebih banyak cawangan di Singapura.

Ini selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menamakan bank itu sebagai "Bank Luar Negara Penting" yang pertama di sini.

Ia hasil penilaian satu pakej yang sudah dirundingkan di bawah Perjanjian Dagangan Bebas EU-Singapura.

Menurut MAS ia akan mempertingkatkan rangka kerja bagi bank-bank sedemikian, membangunkan bank-bank digital sebagai model perniagaan alternatif, dengan cara yang sama seperti ketiga-tiga bank tempatan.

Di bawah rangka kerja itu, MAS juga akan mempertimbangkan untuk memberikan lesen bank penuh tambahan kepada bank-bank yang mempunyai sebahagian besar pemegang jawatan utama di Singapura, dan boleh mewujudkan pekerjaan dan mengambil bahagian dalam program-program mempertingkatkan kemahiran.

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan