Skip to main content

Singapura

Bank Standard Chartered berdepan tuntutan undang-undang AS$2.7 bilion di SG berkait 1MDB

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Standard Chartered berdepan tuntutan undang-undang AS$2.7 bilion di SG berkait 1MDB

Bank Standard Chartered. (Gambar fail: Reuters/Caroline Chia)

Diterbitkan : 01 Jul 2025 05:45PM Dikemas Kini : 01 Jul 2025 05:47PM

KUALA LUMPUR: Para pembubar yang berusaha mendapatkan semula dana yang disalahgunakan daripada dana kekayaan berdaulat Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sudah memulakan prosiding undang-undang terhadap Standard Chartered Bank di Singapura.

Tindakan itu diambil atas dakwaan peranan bank tersebut dalam membolehkan penipuan yang mengakibatkan kerugian kewangan lebih daripada AS$2.7 bilion (S$3.4 bilion).

Langkah tersebut adalah yang terbaharu dalam usaha meluas untuk mendapatkan kembali wang milik 1MDB, di mana penyiasat Amerika Syarikat menyatakan sekitar AS$4.5 bilion (S$5.7 bilion) dicuri dalam skim rumit yang merentasi seluruh dunia.

Pembubar dari firma khidmat kewangan Kroll, yang memfailkan tuntutan undang-undang di Mahkamah Tinggi Singapura, menyatakan mereka berusaha untuk mempertanggungjawabkan Standard Chartered atas peranannya yang didakwa membolehkan penipuan berlaku terhadap 1MDB.

Tiga syarikat dalam proses pembubaran yang berkait dengan 1MDB menyatakan bahawa Standard Chartered membenarkan lebih 100 pemindahan antara bank antara 2009 dengan 2013 yang membantu menyembunyikan aliran dana yang dicuri.

Bank tersebut turut didakwa memilih untuk mengabaikan tanda-tanda jelas berkaitan dengan pemindahan dana, yang mengakibatkan kerugian, menurut para pembubar.

"Menurut tuntutan undang-undang ini, pemindahan tersebut menunjukkan pelanggaran serius dan kegagalan kawalan yang akhirnya membolehkan pencurian dana awam oleh orang-orang yang beroperasi di peringkat tertinggi pemerintah Malaysia pada tempoh tersebut," tambah pembubar tersebut.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita