Bank of Singapore dedah salah guna manfaat perubatan, sejumlah kakitangan dipecat
Anggaran Waktu Membaca:

(GambarL Facebook/Bank of Singapore)
SINGAPURA: Bank of Singapore (BOS) menjalankan siasatan besar-besaran ke atas penyalahgunaan manfaat perubatan oleh kakitangan yang membuat tuntutan bagi barangan tidak layak seperti sarang burung, kata sumber kepada Mediacorp.
"Ratusan" kakitangan terlibat dalam siasatan yang menyebabkan sejumlah individu dipecat.
Demikian menurut tiga kakitangan OCBC Group yang memaklumkan kepada Mediacorp pada Khamis (25 Apr).
BOS, cabang bank privet OCBC Group, melancarkan siasatan tahun lalu ke atas tuntutan perubatan kakitangan melibatkan salah satu klinik panel syarikat tersebut, tambah sumber itu.
Mereka yang terlibat diketahui membuat tuntutan bagi sarang burung, produk jagaan kulit, suplemen dan berus gigi, yang dikecualikan daripada manfaat perubatan syarikat itu.
Mereka diarahkan untuk membayar balik tuntutan yang dibuat.
Bagi "kes lebih serius", hukuman disiplin dikenakan, yang menjejas bonus.
Mereka juga tidak menerima bantuan kewangan kos sara hidup sekali sahaja sebanyak S$1,000 bagi kakitangan junior OCBC Group, seperti yang dimaklumkan kepada Mediacorp.
Rencana oleh eFinancialCareers menyatakan bahawa BOS memecat sehingga 40 kakitangan minggu lalu berikutan siasatan ke atas tuntutan perubatan sebelum ini. Sumber yang mengetahui tentang perkara itu mengesahkan jumlah tersebut kepada Mediacorp, dan mengesahkan bahawa pemecatan itu berlaku selama dua hari minggu lalu.
Mediacorp juga diberitahu bahawa OCBC sedang menjalankan siasatan berasingan.
"INSIDEN SERIUS SEPERTI MENIPU BANK”
Menurut mereka yang bercakap dengan Mediacorp, insiden itu sudah berlarutan di BOS buat tempoh yang agak lama.
Mereka yang terlibat harus menjalani sesi disiplin yang berlarutan selama "beberapa bulan".
Salah seorang kakitangan, yang tidak terlibat dalam siasatan, berkata kakitangan lain diberitahu oleh pengurus mereka bahawa insiden itu "serius seperti menipu bank" dan bercanggah dengan nilai
integriti utama syarikat tersebut.
Tuntutan yang dibuat di bawah skim insurans perubatan syarikat itu, membenarkan kakitangan untuk membuat tuntutan sehingga S$10,500 bagi kos perubatan dan rawatan gigi.
Senarai barangan boleh dituntut, yang dilihat Mediacorp, termasuk berjumpa doktor bagi rawatan pesakit luar dan ubat yang diberi oleh klinik perubatan keluarga (GP), khidmat pergigian bukan estetik, vaksinasi, X-ray dan ujian darah.
Sebahagian besar barangan yang tidak dibenarkan untuk dituntut adalah perkara yang tidak melibatkan perubatan, seperti pembedahan kosmetik, barangan seperti berus gigi dan ubat gigi, serta alat penjagaan seperti kerusi roda.
Tidak jelas apa yang mencetuskan siasatan, namun beberapa sumber berkata BOS meminta catatan dua tahun lalu daripada salah satu klinik panel syarikatnya.
Mediacorp diberitahu bahawa klinik tersebut adalah Drs. Thompson & Thomson yang terletak di Raffles Place dan sudah menghubunginya pada Jumaat (26 Apr) untuk mendapatkan komen.
Mereka yang bercakap dengan Mediacorp berkata klinik itu sudah dipadam daripada senarai klinik panel OCBC dan BOS sejak November.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.