Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank SG jangka permintaan tinggi bagi wang kertas baru & wang kertas sesuai untuk hongbao

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2023 06:38PM Dikemas Kini : 05 Jan 2023 10:20PM
SINGAPURA: Orang ramai beratur panjang di bank-bank serata negara bagi mendapatkan wang kertas baru bagi Tahun Baru Cina yang mula diedarkan pada Khamis (5 Jan).

Sesetengah cawangan menyaksikan masa menunggu sehingga dua jam, dengan bank-bank tempatan menjangkakan orang ramai akan terus beratur panjang beberapa hari ini.

Tahun ini, orang ramai diberi beberapa pilihan, iaitu sama ada mahu mendapatkan wang kertas baru, ataupun wang kertas yang wajar keadaannya bagi mereka yang mahu bersikap lebih mesra alam.

Pilihan kedua itu adalah wang kertas yang dianggap sebagai bersih dan sesuai untuk diberikan sebagai hadiah.

DBS juga membuka slot tambahan bagi warga tua untuk memastikan mereka memiliki wang kertas sebelum musim perayaan.

"Bagi warga tua, kami sebenarnya membuka lima slot tambahan setiap jam bagi mereka supaya mereka dapat beratur mendapatkan wang kertas mereka," kata seorang pegawai bank DBS.

Walau bagaimanapun, dengan lebih ramai orang yang mengamalkan sikap lebih mesra alam, bank-bank juga melihat peningkatan pada orang ramai menggunakan cara alternatif untuk memberi wang seperti e-hongbao dan kad hadiah menggunakan kod QR.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan