Bank SG bakal perlu pengesahan wajah Singpass bagi pelanggan guna token digital
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
SINGAPURA: Bank di Singapura akan memerlukan pengesahan wajah Singpass tidak lama lagi bagi pelanggan yang mahu menggunakan token digital, dalam usaha untuk mencegah penipuan.
Syarikat bank besar akan menguatkuasakan langkah tersebut secara berperingkat bagi tiga bulan akan datang, untuk mengukuhkan proses menggunakan token digital bagi pelanggan, dedah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank Singapura (ABS) pada Rabu (18 Sep).
"Pengesahan wajah Singpass akan diaktifkan dalam senario risiko tinggi untuk mengukuhkan dan memperbaiki langkah pengesahan sedia ada ketika menggunakan token digital," kata kedua-dua agensi itu.
Ia melibatkan imbasan wajah untuk mengesahkan identiti pelanggan dengan rekod negara, sebelum token digital pelanggan boleh diaktifkan.
"Ia akan menyukarkan penipu untuk mengambil alih token digital pelanggan dengan menggunakan perantinya sendiri, melalui butiran pancingan data seperti SMS, kata laluan sekali sahaja (OTP) atau butiran kad bank," tulis MAS dan ABS dalam kenyataan medianya.
Pelanggan yang tidak mempunyai akaun Singpass boleh mendaftar untuk membuatnya dan memuat turun aplikasi Singapss sebelum menggunakan token digital.
"Penggunaan pengesahan wajah Singpass merupakan langkah keselamatan terkini yang digunakan bank untuk melindungi pelanggan daripada penipu," tambah MAS dan ABS.
Inisiatif lain dan alat bantuan peribadi termasuk tidak lagi menggunakan OTP untuk log masuk akaun bank oleh pengguna token digital dan ciri penguncian wang. Ciri tersebut membolehkan pelanggan "mengunci" jumlah wang tertentu yang tidak boleh diakses secara digital.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.