Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bank Pusat S'pura kini ada pilihan baru pindahkan kelebihan rizab rasmi luar negara

Bank Pusat Singapura kini ada pilihan baru jika ingin memindahkan kelebihan rizab rasmi luar negara (OFR) kepada pemerintah bagi tujuan pelaburan dan keuntungan lebih besar.

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Pusat S'pura kini ada pilihan baru pindahkan kelebihan rizab rasmi luar negara

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

SINGAPURA: Bank Pusat Singapura kini ada pilihan baru jika ingin memindahkan kelebihan rizab rasmi luar negara (OFR) kepada pemerintah bagi tujuan pelaburan dan keuntungan lebih besar.

Ia kini boleh melanggan satu instrumen kewangan yang baru dibentuk - iaitu Sekuriti Pengurusan Rizab Pemerintah (RMGS) selepas pindaan Akta yang diluluskan Parlimen siang tadi (11 Jan).

Menteri Kewangan Lawrence Wong menekankan terdapat perlindungan bagi memastikan dana tersebut tidak digunakan untuk membiayai perbelanjaan pemerintah atau defisit fiskal.

Kini, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumpulkan OFR dalam menguruskan nilai mata wang dolar Singapura.

Sebarang lebihan dipindahkan kepada pemerintah bagi tujuan pelaburan jangka panjang GIC.

Sebelum ini, pemindahan tersebut dilakukan dengan mengurangkan deposit pemerintah dalam MAS.

Namun dengan lebihan belanjawan yang berkurangan baru baru ini, ia menjadi semakin sukar dilakukan.

Dengan RMGS, terdapat satu lagi pilihan bagi melakukan pemindahan.

"Ada jaminan di bawah Akta Sekuriti Pemerintah hari ini, di mana hasil yang diraih pemerintah menerusi pinjaman, diambil kira dalam Dana Sekuriti Pemerintah dan hanya boleh digunakan untuk pelaburan.

"Maka itu, pinjaman oleh pemerintah menerusi wadah RMGS, tidak akan meningkatkan jumlah yang boleh pemerintah belanjakan," kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Encik Wong turut memberi jaminan kepada parlimen, MAS hanya boleh gunakan aset luar negara untuk membeli RMGS.

Ini bagi mengelakkan MAS daripada mencetak lebih banyak wang dolar bagi menampung perbelanjaan atau menyebabkan inflasi.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan