Bank Makanan manfaatkan teknologi agih makanan, kurangkan pembaziran
Mesin layan diri dan aplikasi telefon bijak. Inilah antara contoh bagaimana bank makanan "The Food Bank" memanfaatkan teknologi untuk mengagihkan makanan kepada penerima bantuan.
SINGAPURA: Mesin layan diri dan aplikasi telefon bijak. Inilah antara contoh bagaimana bank makanan "The Food Bank" memanfaatkan teknologi untuk mengagihkan makanan kepada penerima bantuan.
Sempena Hari Makanan Sedunia pada Jumaat (16 Okt), Presiden Halimah Yacob mengunjungi badan amal itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif tersebut.
Pantri Makanan 2.0 dilengkapi dengan mesin layan diri dan mengagihkan bantuan makanan sepanjang hari.
Inisiatif itu membantu Bank Makanan untuk mendampingi lebih ramai penerima bantuan mengikut keperluan mereka.
Buat masa ini, terdapat lima pantri sedemikian di merata negara dengan lagi lima akan dibuka tahun ini.
Satu aplikasi bijak juga bakal dilancarkan beberapa bulan akan datang.
Ini bagi memastikan para penerima bantuan menerima jenis makanan dan jumlah yang betul agar dapat mengekang pembaziran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.