Skip to main content

Singapura

Bank digital tawar kadar faedah lebih tinggi & rebat barang dapur untuk pikat pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bank-bank digital di Singapura kini menawarkan lebih daripada setakat kadar faedah lebih tinggi untuk memikat pelanggan dalam pasaran yang dikuasai oleh bank-bank tradisional. 

Antara tawaran-tawaran mereka, bank-bank tersebut memperhebatkan promosi dan khidmat masing-masing untuk membantu para pelanggan mengimbangi kesan inflasi. 

Tidak seperti bank-bank tradisional di mana pelanggan boleh melakukan urus niaga secara fizikal, bank digital beroperasi online sepenuhnya. 

Mereka tidak mempunyai mesin teler automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang tunai, atau cawangan bank fizikal. 

BANK DIGITAL TAWAR FAEDAH APABILA MENDAFTAR

Bank Trust, yang disokong oleh Standard Chartered dan FairPrice Group, menarik lebih 300,000 pendaftaran bagi akaun baru dalam tempoh tiga bulan sejak ia dilancarkan pada September. 

Ia menawarkan satu kampit beras percuma dengan setiap akaun bank yang dibuka, selain rebat sekitar 20 peratus untuk barangan dapur. Lebih 10 peratus penggunanya berusia lebih 65 tahun. 

Namun, tiada pelanggan mereka yang menggunakan Bank Trust sebagai bank utama mereka sejauh ini. 

"Ia masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai kredit gaji dan metrik lain secara lebih mendalam," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Trust, Dwaipayan Sadhu. 

"Buat masa ini, kami menumpukan perhatian kepada usaha untuk memastikan klien-klien kami menggunakan kad kredit dan akaun simpanan mereka dengan aktif, dengan mereka menyimpan wang dalam akaun mereka dan menggunakannya secara aktif dari segi kegunaan harian dan bulanan," tambahnya. 

Dalam pada itu, Bank GXS, yang disokong syarikat kereta sewa privet Grab dan syarikat telekomunikasi Singtel, hanya membenarkan pelanggan tertentu dalam senarai menunggu. 

Pemohon yan berjaya akan menerima kadar faedah lebih 3 peratus untuk akaun simpanan mereka. 

Ia mengetepikan sepertiga kliennya untuk Generasi Z, pekerja khidmat online dan perniagaan kecil-kecilan. Bank tersebut menyatakan ia ingin menawarkan huraian kredit mikro bagi pelanggan-pelanggan tersebut. 

"Kami menyaksikan keperluan perbankan yang tidak memenuhi golongan ini. Kami boleh meneroka tawaran khidmat dan produk kewangan apabila pelanggan membuat pesanan untuk kereta sewa, makanan atau pengiriman wang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank GXS, Charles Wong. 

SEA Group, yang memiliki Shopee dan Garena, juga sedang menceburi pasaran perbankan digital dengan MariBank. 

Beberapa program perintis sudahpun dilancarkan bagi pekerjanya di Singapura, kata Ketua Pegawai Korporat SEA Group, Yanjung Wang, tetapi tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai program-program berkenaan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyarankan bank-bank digital yang sudah menerima lesen masing-masing, mula beroperasi tahun ini. Namun, dengan 2022 bakal melabuhkan tirainya, MariBank mungkin terlepas sasaran pelancarannya untuk orang ramai.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita