Bank akan jalankan 'semakan menyeluruh' terhadap amalan guna nombor NRIC: ABS
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Bank di sini sedang menjalankan "semakan menyeluruh" tentang cara nombor Kad Pengenalan (NRIC) digunakan , kata Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) pada Khamis (19 Dis).
Ia juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa nombor NRIC sahaja tidak boleh digunakan untuk melakukan pembayaran dan pemindahan dana.
"Bank menggunakan pengesahan berbilang faktor semasa log masuk untuk perkhidmatan kewangan secara online dan terdapat lapisan kawalan tambahan untuk membenarkan aktiviti berisiko lebih tinggi selepas log masuk," katanya dalam satu kenyataan media.
Aktiviti berisiko lebih tinggi termasuk pemindahan dana bernilai tinggi, menambah nama penerima baharu atau meningkatkan had pemindahan dana.
Pengumuman ABS pada Khamis (19 Dis) itu dibuat berikutan kemarahan dan kebimbangan orang ramai baru-baru ini berkaitan nombor NRIC yang dapat dilihat orang lain.
ABS berkata nombor NRIC bertindak sebagai fungsi penting untuk mengenal pasti pelanggan. Sebagai contoh,ia berguna untuk membezakan individu yang mempunyai nama yang sama selain memudahkan pengenalan yang cekap bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di kaunter.
"Dalam situasi mendesak, seperti bertindak balas terhadap penipuan, beberapa bank telah memilih untuk menggunakan nombor NRIC bagi mengenal pasti dengan cepat pelanggan yang memerlukan bantuan segera untuk mengelakkan transaksi penipuan," kata ABS, sambil menambah bahawa bank kini sedang menyemak amalan tersebut.
"Kami mohon pemahaman pelanggan bahawa beberapa amalan sedia ada mungkin diubah akibatnya," kata persatuan itu.
"Jika pelanggan menggunakan nombor Kad Pengenalan mereka atau maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti sebagai kata laluan untuk log masuk, ABS menasihati pelanggan bank untuk menukarnya."
Beberapa contoh maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti ialah nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir.
Kebimbangan mengenai nombor NRIC yang dapat dilihat orang lain dibangkitkan minggu lalu selepas portal Bizfile Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (ACRA) mendedahkan nombor NRIC penuh menggunakan fungsi carian.
Dalam usaha menangani insiden itu, pemerintah pada Sabtu berkata ia berhasrat untuk mengubah amalan menyembunyikan nombor NRIC.
Bagaimanapun, sebelum ia dapat menjelaskan rasionalnya dan mendampingi rakyat terlebih dahulu, ACRA melancarkan portal Bizfilenya, dengan fungsi carian yang menghasilkan nama dan nombor NRIC penuh.
Isu itu ditangani sekali lagi dalam sidang media pada Khamis, di mana pemerintah memohon maaf kepada orang ramai.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.