Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir kilat, pokok tumbang sedang Singapura dibadai hujan lebat

Hujan lebat membadai beberapa kawasan di Singapura hari ini (2 Nov), membawa bersamanya angin kencang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Nov 2020 10:15PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 12:56AM

SINGAPURA: Hujan lebat membadai beberapa kawasan di Singapura hari ini (2 Nov), membawa bersamanya angin kencang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Agensi Air Kebangsaan (PUB) terdahulu memberi amaran kepada orang ramai tentang hujan lebat dan menasihati mereka supaya mengelak kawasan-kawasan yang dikhuatiri akan berlaku banjir kilat sedang paras air dalam longkang dan terusan mencecah 90 peratus.

Kawasan-kawasan terjejas termasuk Siang Kuang Avenue di Upper Serangoon, Lorong Lew Lian, Sims Drive, MacPherson Road, Balestier Road dan Hougang Avenue 7.

Banjir kilat turut dilaporkan di Upper Paya Lebar Road dan Lorong Gambar, menurut PUB dalam kemas kininya di Twitter.

Seorang penduduk di Bunga Rampai Place, tidak jauh dari Upper Paya Lebar Road, memberitahu Mediacorp bahawa jalan raya di kawasan perumahannya dinaiki air bah pada sekitar 3.30 petang.

Gambar-gambar yang dipetik Encik Phua Yeow Meng pula menunjukkan hingga separuh sebuah kereta ditenggelami air dan paras air naik ke paras betis.

Gambar-gambar lain kejadian menunjukkan air keruh di laluan jalan, dengan tong sampah dan kon keselamatan terbalik.

Encik Phua berkata, beliau tidak menjangkakan hujan begitu lebat, dan anggota keluarganya terburu-buru mengangkat jemuran sedang hujan terus bertambah lebat.

Banjir kilat berdekatan Upper Paya Lebar Road. (Gambar: Phua Yeow Meng)

Selain hujan lebat, para pemandu di MacPherson Road turut dihalang sebatang pokok tumbang.

Gambar-gambar di media sosial menunjukkan pokok itu menghalang laluan trafik yang menghala ke Paya Lebar.

Pokok tumbang di MacPherson Road. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet pada sekitar 4.00 petang tentang keadaan di MacPherson Road menghala Tannery Road dan Kallang Pudding Road, sambil menasihati para pemandu supaya mengelak laluan-laluan terjejas.

Lembaga Taman Negara (NParks) dimaklumkan tentang pokok tumbang pada sekitar 3.15 petang. Pokok setinggi 12 meter itu kemudian dialihkan pada sekitar 4.20 petang.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kemas kininya pada sekitar 6.40 petang menyatakan, cuaca hari ini akan terus mendung, dengan hujan lebat di kebanyakan kawasan utara, timur dan tengah Singapura dijangkakan petang esok (3 Nov).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan