Banjir kilat, pokok tumbang di kawasan utara S'pura
Hujan lebat petang tadi (30 Jan) menyebabkan banjir kilat di Seletar North Link. Sebatang pokok juga tumbang di Ekspreswe Tampines (TPE).
SINGAPURA: Hujan lebat petang tadi (30 Jan) menyebabkan banjir kilat di Seletar North Link. Sebatang pokok juga tumbang di Ekspreswe Tampines (TPE).
Pokok tumbang di Seletar West Link. (Gambar: Telegram/SG Road Blocks/Traffic News)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet pada 5.10 petang yang menyatakan bahawa susur keluar Yio Chu Kang Road di TPE ditutup disebabkan "halangan". Mediacorp difahamkan sebatang pokok tumbang di tempat tersebut.
PUB kemudian mengirimkan tweet pada sekitar 5.30 petang yang menyatakan bahawa dua lorong di Seletar Road ditutup dan para pemandu digesa supaya mengelakkan kawasan tersebut. Kira-kira 15 minit kemudian, ia mengirimkan satu lagi tweet yang menyatakan banjir di kawasan itu semakin susut dan trafik kembali seperti biasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.